bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Aug 2014

Ingat DYMM Sultan Selangor Ni Makan Gaji Dengan Pakatan Rakyaat Ke?

Terserlah perangai buruk Pihak Pakatan Rakyaat...

Mereka ingat DYMM Sultan Selangor ni makan gaji dengan dia orang ke???

Buat pengetahuan pencacai2 semua...Negeri Selangor tu....milik keluarga Diraja Selangor yang diwarisi daripada sebelum zaman pemerintahan  Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Akai ada ke??? Langsung X penyabar....

DYMM Sultan Selangor sedang bercuti di seberang laut pun mereka nak kacau....

Eloknya DYMM Sultan Selangor murka dan halau aje mereka ni semua daripada negeri Selangor.

Baru padan dengan muka....

Sumber klik sini.

Mat Sabu Membelakangkan Pas - Bersetuju Hanya Wan Azizah Sebagai Calon MB Selangor???


Pertama sekali beliau telah "mengetuai" atau "mempengaruhi" Jawatan Kuasa Pas Pusat untuk membelakangkan keputusan Majlis Syura Pas untuk menyokong TS Khalid.

Sebaik Jawatan Kuasa Pas Pusat menyerahkan dua nama iaitu Wan Azizah dan Azmin....kepada Pakatan Rakyaat, atas kuasa apa Mat Sabu boleh bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyaat  hanya akan mempersembahkan nama Wan Azizah sahaja kepada DYMM Sultan Selangor untuk jawatan MB Selangor???

Selain dilihat membelakangkan keputusan Jawatan Kuasa Pas Pusat, keputusan secara bersama dengan kepimpinan PR yang lain memperlihatkan Mat Sabu telah seolah2 cuba memaksa DYMM Sultan Selangor untuk melantik Wan Azizah sebagai MB untuk menggantikan TS Khalid.

Tidakkah itu suatu tindakan yang amat biadap???

Sumber klik sini.

Selain Bubar DUN TS Khalid Mempunyai Satu Lagi Pilihan???

TS Khalid perlu meyakinkan DYMM Sultan Selangor....bahawa kerajaan negeri, perbedaharaan dan segala hasil mahsul milik negeri Selangor berada di dalam bahaya jika ianya diserahkan samada kepada Azizah/Anwar dan apa lagi kepada Azmin/Anwar.

TS Khalid juga perlu meyakinkan Dato Wan Azizah bahawa beliau sebenarnya telah diperdaya oleh Anwar/Azmin yang mahu melemahkan pengaruh Wan Azizah/TS Khalid. 

Anwar sebenarnya langsung tidak pernah terlintas untuk melantik Azizah....dan sebenarnya penamaan nama Wan Azizah secara tunggal tidak lebih dari hanya satu strategi untuk mendapat sokongan Azizah untuk menyingkirkan sekutunya sendiri iaitu TS Khalid.

Anwar sememangnya yakin Pas akan menolak Wan Azizah dan begitu juga dengan Baginda Sultan Selangor dan Undang2 Tubuh Negeri.

Dengan hanya dua nama yang dicadangkan Tuanku Sultan Selangor boleh meminta tambahan nama ataupun boleh memilih salah-satu dari dua orang yang kurang resikonya ke atas negeri Selangor.

Pada pandangan penulis, perlantikan seorang wanita sebagai MB tidak menyalahi undang2 Tubuh Negeri kerana ianya tidak pun dinyatakan dengan secara jelas selain dalam terjemahan berbahasa Inggeris perkataan "He" digunakan sebagai ganti nama untuk Menteri Besar.

Untuk itu pada pandangan penulis Tuanku Sultan boleh melantik Wan Azizah kerana beliau lebih "naive" berbanding Azmin, demi untuk mengurangkan kesan kerosakan kepada negeri Selangor.

Walaubagaimanapun Tuanku Sultan boleh mensyaratkan supaya TS Khalid dilantik sebagai penasihat MB dan juga mangambil jawatan "Penasihat Ekonomi Selangor" daripada DSAI.

Bagaimana dengan pandangan para pembaca pula???


17 Aug 2014

Geng Anwarinas Kuasai Keputusan Pas - Majlis Syura Bakal Dibubarkan???

Lihatlah wajah2 pemimpin2 Pas yang buat sidang Akhbar meluluskan dua nama sebagai calon MB Selangor iaitu Wan Azizah dan Azmin (Sumber; Astroawani)

Berikut pula katanya whatapps daripada Ustaz Nasrudin Tantawi.

[15:07, 8/17/2014] Ust Nasrudin :
Ana kecewa sgt2 hari ni. Enta cuba bayangkan drp 37 ahli mesy. hanya 10 org saja yg sokong DSHA. DSHA balik terus dan tak buat sidang media. Wajah sebenar Anwarinas kian jelas dlm PAS. PAS kini lbh takut kpd Anwar dan DAP. Jahanam PAS kalau terus begini.

[15:08, 8/17/2014] Ust Nasrudin :
Mat Sabu yg lead sidang media. Nampaknya kepimpinan PAS masih tak sedar diri lagi. Kesian kpd pendokong jemaah yg setia. Tanpa disedari perjuangan PAS kini dikhianati pimpinan sendiri.

Jika benar itu bukannya pendirian golongan ulamak dalam Pas, Majlis Syura dah boleh dibubarkan aje....X ada pengaruh langsung.....

Apapun katanya Utz Nasrudin telahpun menafikan whatapps terbut dihantarkan oleh beliau.


posted from Bloggeroid

Pas Lebih Taat Kepada DAP Daripada Majlis Syura???



Maksudnya perkataan "Islam" dalam parti Pas dah boleh buang lah ya.....

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3