bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Jan 2014

Akibat Tekanan Dari Anwar Azmin Bakal Dilantik Semula ???



Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menolak dakwaan bahawa pengguguran Azmin Ali daripada Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKSN) bertujuan menyingkir atau mengetepikan timbalan presiden PKR itu.

Sumber klik sini http://m.malaysiakini.com/news/252186

Mana ada kebebasan dalam erti kata sebenar dalam dunia ini waima dalam Pakatan Rakyaat sendiri???

Selepas bertegas dan bertegang urat mengatakan pengguguran Azmin sebagai salah seorang pengarah PKNS yang dilantik mewakili kerajaan negeri bukan "kerja" beliau akhirnya TS Khalid terpaksa akur dan akan melantik Azmin semula.

Dunia...dunia...

Nampaknya Azmin masih berkuasa setidak-tidaknya dalam PKR....

posted from Bloggeroid

19 Jan 2014

Sebab Mengapa Pakatan Rakyaat Mahu "Hapuskan" Sultan2 Melayu


Foto: Nukilan dari Whatapps.

Sebab mengapa Pakatan Rakyaat mahu "hapuskan" pengaruh Raja2 Melayu http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AgongtitahkalimahAllahperludihormati_dilarangdigunakanagamalain/m/mArticle

Pastinya Sultan2 Melayu tidak akan bersengkokol dengan usaha PR dalam mengenepikan pembelaan nasib orang2 Melayu/Bumiputera juga memelihara kesucian Agama Islam daripada dicerobohi.
posted from Bloggeroid

18 Jan 2014

Piala Antarabangsa Frenz (B-16) 2014: Frenz United Malaysia Bergaya Kalahkan Kelab Bestikas JK 4 : 1

Foto (kiri): Gambar Pemain Terbaik Perlawanan dari pasukan Frenz United Malaysia, Kogi.

Anak didik pengendali Balachandran Frenz United mencatatkan kemenangan kedua dengan bergaya apabila mengalahkan kelab Besiktas JK (Turki) 4 : 1.

Lebih manis, Frenz United berjaya bangkit selepas ketinggalan 1 : 0 tamat separuh masa pertama hasil  jaringan pemain Bestikas iaitu Rifatcan Aslan di minit ke 10. 

Frenz United yang sebelum itu banyak mensia-siakan peluang terhidang tidak menoleh kebelakang sebaik wisel separuh masa ke dua ditiup.

Bermula separuh masa kedua serangan bertali-arus membolehkan empat jaringan dihasilkan melalui Muhammad Syazwan 48', Najib Abdullah54', M. Kogileswaran61' (PEN) dan Muhd Shahrul Akmal Adnan (Kapten) 72'.

Diundi bersama juara bertahan - skuad B-16 Slovakia dalam aksi Kumpulan A, Frenz United Malaysia juga diletakkan dalam kumpulan sama dengan beberapa pasukan terkemuka dunia iaitu Internacional (Brazil), Besiktas JK (Turki) serta dua pasukan Asia iaitu Incheon United (Korea Selatan) dan Dalian Aerbin dari China.

Foto (kanan): Muhd Shahrul Akmal Adnan (Kapten)melonjak tinggi ketika berentap dengan pasuakan Internacional (Brazil).

Sebelum ini Frenz United kalah kepada skuad B-16 Slovakia 3 : 2, Seri 0 : 0 dengan pasukan Internacional (Brazil) dan mengalahkan Incheon United (Korea Selatan) 2 : 0.

Frenz United berpeluang ke peringkat separuh akhir jika berjaya mengalahkan pasukan Dalian Aerbin dari China pada hari Ahad ini dengan margin gol yang besar di samping mengharapkan perlawanan di antara skuad B-16 Slovakia Vs Besiktas JK (Turki) berakhir dengan keputusan seri.

Apapun doa penulis semoga pasukan kendalian ketua jurulatih Balachandran iaitu campuran skuad Harimau Muda C dan Frenz United ini dapat maju sehingga ke perlawanan akhir dan seterusnya menjuarai kejohanan ini.

Sumber klik sini dan sini.



17 Jan 2014

Hilang Kisah Larangan Kalimah Allah di Gereja Nama Rasulullah s.a.w. Pula Diguna di Tokong???


Semangat "Malaysia Boleh!!!" yang disalah-gunakan.

Apa lah yang nak jadi dengan Malaysia ku ini???

Itupun sesetengah dari kita masih mahu bercakaran sesama sendiri membiarkan umat Islam yang majoriti terpecah-belah sehingga menjadi lemah dan senang diperkotak-katikan oleh golongan minoriti....

Untuk maklumat lanjut kunjungiilah ke link di bawah foto yang dilampirkan.









posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3