bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

23 May 2013

Anak Felda Pendaki Wanita Termuda Negara Tawan Puncak Everest!!!

LUKLA 23 Mei - Siti Hanisah Sharuddin, 23, dari Felda Jerai 1, Gemas, Negeri Sembilan menjadi wanita termuda negara berjaya menakluk puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter pada pukul 7.41 pagi (waktu Nepal) hari ini.

Kejayaan Siti Hanisah mungkin menjadikannya wanita Islam termuda kedua di dunia berjaya menawan puncak gunung tertinggi dunia.      

Kejayaan itu dicapai menerusi projek Ekspedisi Everest-Felda 2013 kelolaan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B).

Beliau melakukan percubaan kedua semalam (22 Mei) setelah percubaan pertama pada 20 Mei lalu gagal. - UTUSAN

Sumber Berita Harian Klik sini.


Komen Isac:

Tahniah dan Syabas!!! Anak Peneroka Felda Boleh!!!

"Zina" Semakin Berleluasa??? Pegawai Tinggi Tabung Haji Ditangkap Khalwat!!!

Islam bukan sahaja melarang umatnya berzina malah untuk mendekati zinajuga ditegah...

Walaupun terdapat video "zina" dan perlakuan sumbang beberapa pemimpin2 PR yang kononnya melaungkan kepada ketelusan, good governance, equality, dalam masa yang sama menuduh pemimpin2 Umno itu dan ini dll...

Mereka yang tertangkap dengan video2 seks ini dengan "muka tebal", berlagak biasa seperti tidak melakukan apa2 kesalahan.

Penyokong2 dan rakyaat pula seperti tidak kisah dengan perlakuan pemimpin2 mereka ini. 

Mengapakah  penyokong2 mereka ini boleh berkelakuan sebegini???

Adakah sememangnya mereka berpegang kepada hukum hudud ataupun kini masyarakat Malaysia tidak lagi memandang "zina" sebagai suatu dosa besar.... Wallahu allam...

Apapun antara tanda2 akhir zaman, adalah apabila perlakuan zina telah berlaku dengan meluas... Sekadar renungan buat semua...

Dalam kes di atas dan tanpa 4 saksi yang melihat pasangan ini melakukan zina, hukum hudud (Had dan Qisas) tidak boleh dikenakan. Sebaliknya pertuduhan boleh menggunakan hukum Takzir, berkhalwat. Sebab itulah juga hukumannya tidak seberat hukum Hudud.

Mahkamah Syariah Malaysia mampu untuk membicarakan hukuman takzir kerana ianya adalah sebahagian daripada hukum yang telah diwartakan.


Published with Blogger-droid v2.0.10

22 May 2013

Blogger Pro Kerajaan Kurang Tersusun Gagal Mengimbangi Propaganda Berterusan Pakatan???


Betulah kata Tun Mahathir...Yang selalunya  dikaitkan dengan "Pakatan" adalah gerakan2 subersif dan jahat.
 
Apapun gerakan mereka amat tersusun...
 
Propaganda mereka berterusan...
 
Kekadang tak terjangkau oleh akal..
 
Lagu "Sabah Hilang".
 
Pencerobohan Pengganas Kiram.
 
Propaganda sebelum PRU 13, menuduh SPR bakal menipu.... Bakal memenangkan BN....
 
Tanam bendera warna-warni...
 
Pada hari PRU dan 1-2 hari Pasca PRU pun dah keluar di blog2, FB dan Twiter bermacam2 shot video dan foto2 kononnya ramai Bangla ditangkap kerana mengundi dalam PRU 13...
 
Rakaman video dan foto2 kononnya berlaku "blackout" semasa pengiraan undi...
 
Ramai yang kononnya mengundi lebih sekali...
 
Diikuti dengan rapat2 umum "Blackout 505" di segenap pelusuk negara, seruan merusuh di jalanan dan berbagai2 lagi...
 
Propaganda mereka sememangnya tersusun...dengan "Red Bean Army", bloggers dan cyber troopers dll..
 
Mungkin mereka sememangnya mendapat nasihat dan tunjuk-ajar daripada CIA/Mossad, sebab itulah tindakan mereka memang selalunya satu langkah di hadapan.
 
Dalam PRU 12 dahulu mereka menggunakan pendekatan fitnah dan menyerang peribadi pemimpin2 BN. Ketika itu Umno/BN tidak mempunyai cyber troopers... Semua fitnah yang ditabur sama ada tidak berbalas ataupun dijawab... Akibatnya rakyaat yang telah diracuni pemikiran mereka bahawa media arus perdana tidak boleh dipercayai, menelan bulat2 fitnah2 yang dihamburkan.
 
Dalam PRU 13 pula, cyber troopers pro BN/Umno pula dilihat sibuk mendedahkan cerita2 perilaku seks pemimpin2 Pakatan Rakyaat malangnya rakyaat telah muak dengan cerita2 sebegini.
 
Pakatan Rakyaat pula telah mengubah strategi mereka dan mensasarkan untuk menyerang SPR dan BN/Umno yang kononnya "menipu dalam PRU". Walaupun kerajaan2 negeri pimpinan PR tidak membawa banyak perubahan berbanding semasa di bawah pemerintahan BN, gerak-kerja dan propaganda mereka yang berterusan bukan setakat berjaya menyakinkan ramai Rakyaat Malaysia malah BN hampir2 boleh ditumbangkan jika tidak melalui PRU 13,  oleh rusuhan2 di jalanraya dan "Blackout 505" ala "Arab Spring".
 
Walaupun Blogger dan "Cyber Troopers" yang pro dan simpati kepada Umno/BN telah bertungkus-lumus cuba untuk mengimbangi propaganda mereka, penulis merasakan peranan kita tidak begitu berkesan dan sesuatu perlu dilakukan agar kita sekurang2nya dapat berada satu atau dua langkah di hadapan dan bukan sebaliknya.

"Cyber Troppers" pro dan simpati Umno/BN seperti tiada hala-tuju dan strategi. Tiada pimpinan tiada ketua...

Kumpulan "Blogger Pembela Negara" yang dahulunya ditubuhkan atas intiatif untuk menggabungkan para blogger dan pejuang2 maya pula telah lama berkubur tanpa nisan.

Beberapa seminar dan perjumpaan yang penulis sendiri hadiri anjuran beberapa NGO pro kerajaan dan malah ketika bertemu dengan Dato' Ahmad Maslan sendiri, kami dinasihati agar menulis sesuatu yang benar sahaja kerana akan dipertanggung-jawabkan di dunia apa lagi di akhirat...

Memang bagus... "It's very noble". Tetapi ketika mendepani serangan2 daripada luar dan dalam oleh pejuang2 maya  yang menggunakan pendekatan "matlamat menghalalkan cara", pejuang2 maya pro dan simpati BN memerlukan kepimpinan dan strategi yang ampuh untuk meneruskan perjuangan.





 
 
 
 
 
 

'Everest Felda 2013' Bawa Anak2 Felda ke Puncak Tertinggi Dunia!!!

TIGA pendaki 'Everest Felda 2013', dari kiri, Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, Mohd Nasuha Shamsuddin, 21, dan Mohamad Asyraf Mohd Halim, 25, bersama Sherpa Dawa mengibarkan Jalur Gemilang selepas berjaya menawan Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut, pagi Selasa lalu. - Foto Abd Rahim RahmatMay 22, 2013 5:54 pm

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lagu Sabah Nak Hilang - Ada Kaitan Dengan Dana Pakatan Kepada Pengganas Kiram???


Penyerahan wang oleh ahli Parlimen pembangkang kepada kumpulan pengganas Kiram di Manila, yang dikesan perisikan tentera Filipina adalah sebahagian daripada bukti kukuh pembabitan pembangkang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.

Berita Harian melaporkan urusan membawa dan menguruskan sejumlah besar wang tunai itu diarahkan oleh seorang individu berkepentingan dari negara ini berlaku pada 7 Februari, iaitu dua hari sebelum pencerobohan pada 9 Februari.

“Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” katanya.

Pasukan perisikan negara berkenaan juga menerima maklumat bahawa kumpulan pengganas mula menyerahkan wang kepada ahli keluarga terdekat mereka sebagai belanja sebelum mereka menceroboh Sabah.

Sumber itu juga berkata: “Isyarat makin jelas apabila lagu Sabah Nak Hilang mula didendangkan dan dinyanyikan dalam siri ceramah pembangkang seolah-olah sesuatu akan berlaku di Sabah,” katanya.

Katanya, tujuan utama lagu itu dinyanyikan adalah untuk mengalihkan tumpuan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini ke atas Sabah, pihak yang harus dipersalahkan adalah Kerajaan Pusat sedangkan pada masa sama rancangan jahat menceroboh Sabah sedang dilakukan oleh pembangkang.

Pada 9 Februari, kumpulan pengganas Kiram dikesan memasuki Pantai Timur Sabah, iaitu hari yang sama dua Ahli Parlimen pembangkang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiga hari kemudian, lebih 150 orang pengganas lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjata api dikesan memasuki kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah memperoleh semua bukti berkaitan pembabitan tiga pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Semua bukti dijangka dikemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat. untuk tindakan susulan selepas PDRM dan ATM membuat penelitian dari segi undang-undang untuk memperkuat hujah di mahkamah. - 22/5/2013 Sumber klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3