bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

23 Apr 2013

Adakah 58 Calon Bebas Yang Dipecat BN Akan Diterima Semula Jika Mereka Menang???


KUALA LUMPUR: Umno memecat 58 ahlinya serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). 

Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail berkata keputusan pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya. 

"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamalia Ibrahim adalah antara yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar. Sumber klik sini.


Komen Isac;

Tiada musuh dan rakan yang "kekal" dalam politik, jestru sekiranya mereka yang selama ini berada di parti pembangkang. Begitu licik mengumpat, mencerca, memfitnah dan melemparkan tohmah kepada parti, "berdosa" agama, bangsa dan negara pun boleh dimaafkan mengapa mereka yang pernah berjasa ini  langsung tidak diberi peluang.

Malah ada beberapa bekas pemimpin2 PR yang sebelum ini terlibat memfitnah kerajaan Tun Mahathir dan Kerajaan BN cuba untuk membunuh DS Anwar dengan racun arsenik dan melalui suntikan HIV tetapi masih boleh diterima oleh BN dengan tangan terbuka!!! Mengapa pula 58 bekas pemimpin2 BN ini tidak langsung diberikan peluang???

Memang pucuk pimpinan akan merasakan mereka ini "menikam mereka dari belakang". Ingkar arahan. Perbuatan yang boleh memecah-belahkan sokongan kepada parti...

Tetapi adakah dengan bertindak demikian pucuk pimpinan telah benar2 mendengar rintih hati rakyaat???

Mengapa tidak kedua2 calon yang terlibat ataupun lebih di sesebuah kawasan ini dipanggil oleh pucuk pimpinan dan meminta agar hanya seorang sahaja di antara mereka yang meneruskan perjuangan menentang Pakatan Rakyaat pada hari mengundi nanti??? Sementara yang beralah akan berikrar janji untuk setia dan memberikan sokongan???

Setiap manusia pasti ada kalanya akan terhilaf, tidak terkecuali juga pucuk pimpinan parti, jestru jika semua dari kita benar2 berjuang untuk parti demi agama, bangsa dan negara, mengapa kita tidak boleh berbincang dan bermuhasabah diri, biarkan calon2 yang betul2 "boleh menang" meneruskan pertandingan dan lain terus memberikan sokongan???

Imam Masjidil Nabawi iktiraf Peranan Umno Mengapa Pas Tidak?

Berita Harian: Imam Madinah iktiraf BN

Jangan pulak nanti ada  pulak yg mendakwa beliau "telah dibeli" Umno!!!

Fitnah memang merbahaya!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Mat Taib - Agen Penyatuan Melayu/Islam Dalam Pas???

Berita Penuh Klik Politik - Sinar Harian

"Jadi saya fikir, semua (Pas, Umno dan PKR) bergabung tapi mesti menggunakan lambang Islam. Kita mati nanti,  kita ditanya balik, anda pasti dengan apa yang anda perjuangkan? Saya amat pasti dengan apa yang saya perjuangkan sekarang," kataya.Muhammad atau lebih mesra dengan panggilan Mat Taib menambah, kini beliau yakin perjuangannya pada hari ini adalah perjuangan yang sebenar-benarnya demi agama, bangsa dan negara. 

"Saya bukan hendak jawatan, saya tak mahu jawatan. Saya tak mahu bertanding sebab itu kita umumkan dua hari selepas penamaan calon," ujar beliau.

Komen Isac;

Penulis rasakan pemimpin2 Pas wajar mencontohi semangat perpaduan yang cuba ingin disampaikan oleh Mat Taib. Semoga pemimpin2 Pas sedar perjuangan asal pengasas parti bukan untuk menawan Putrajaya tetapi demi meneggakkan hukum Allah dan perpaduan sesama umat Islam.

Penulis percaya pasti berdetik dalam hati setiap umat Islam di Malaysia untuk menegakkan hudud... Jestru Pas perlu kembali ke perjuangannya yang asal! Setiap individu mempunyai peranan masing2... Berjuanglah demi agama, bangsa dan negara!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Masih Berbaki 2 Perlawanan, United Diistihar Juara Liga Inggeris!!!


PENYERANG Manchester United, Robin van Persie, (kanan) menjaringkan gol ketiganya menewaskan penjaga gol Aston Villa, Brad Guzan, pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester, England, awal pagi tadi. Man United merangkul kejuaraan kali ke-20 liga selepas membelasah Villa 3-0. - Foto APApr 23, 2013 5:12 am

Berita penuh klik Berita Harian: Man Utd muncul juara Liga Perdana Inggeris

Published with Blogger-droid v2.0.10

22 Apr 2013

Berbekalkan Majoriti 1, 748 Undi - Nazri Aziz "Calon Boleh Menang" Berbanding Dato' Kamilia???



Keputusan PRU 12, sumber klik sini.


Penulis kenal pun tidak Dato' Kamilia, bukan mahu membela beliau tetapi boleh memahami apa perasaan beliau apabila seperti tidak diindahkan oleh pucuk pimpinan parti.

Pastinya apabila sebelum ini kepimpinan wanita Umno diberikan peluang untuk bertanding di peringkat Parlimen, dengan ketiadaan DS Shahrizat, Dato' Kamilia merasakan ianya adalah "hari beliau".

Bila lagi... umur pun dah agak lanjut...

Kenyataan DS Nazri yang mengkritik tentang tindakan Dato' Kamilia mengambil keputusan untuk bertanding atas tiket bebas sebagai mementingkan diri dan sokongan ke atas beliau  selama ini hanyalah sokongan terhadap parti bagi penulis agak keterlaluan dan egoistik terutamanya buat seorang pemimpin yang dilihat oleh banyak pihak sebagai "liabiliti" kepada Umno dan BN tetapi masih dikekalkan.

Pastinya jentera PRU BN di Padang Rengas terpaksa bekerja lebih kuat....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3