bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Nov 2011

Lagi Cerita Pasal Kapal Selam??? Murah dan Boleh Menyelam, Nurul Izzah Pasti Suka???












Kapal selam buatan sendiri… Begitu kreatif Tao Xiangli, rakyat negara China.




Satu masa dahulu menjadi isuhangat kapal selam yang dibeli tak boleh menyelam.

Tapi berlainan pula dengan seorang pemuda di China yang hanya bersekolah secara asas (mungkin peringkat SPM), Tao Xiangli, yang sangat kreatif dalam merancang dengan design sendiri membina Kapal Selam buatan tangannya sendiri yang dengan menggunakan bahan tong-tong drum dengan berat sehingga 1.6 tan demikian dikutip dari Zhongan Online.
Kapal selam buatan sendiri ini juga memiliki beberapa kelengkapan diantaranya memiliki periskop, mengawal kedalaman tank, motor elektrik, manometer dan sebagainya.

.

Waktu yang dihabiskan oleh Tao untuk menyiapkan kapal selam ini lebih kurang 2 tahun dan kapal selam ini boleh menyelam sehingga sedalam 10 meter dibawah permukaan air.


Komen Isac;

Kalau ditakdirkan Pakatan Rakyaat menang dalam PRU 13 nanti dan Nurul Izzah dilantik menjadi Menteri Pertahanan, bolehlah beliau beli "kapal selam" buatan Tao ini.

Jangan beli kapal selam "tong drum" ini pun nanti kos nya sampai berbillion ringgit sudahlah..... Maklomlah...mengata dan mengkritik  ni memang senang, tapi bila "sendiri" buat pun silap-silap lagi teruk...  Lihat ajelah negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan... Kalau tak 2 X 5, lagi teruk ada....


Gempar!!! Sah Kapal Selam TLDM Memang "Tidak Boleh Menyelam" ???

Foto (Kanan) KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam melihat dengan lebih dekat kapal selam yang tiba di perairan Melaka yang di bawa oleh kapal kargo HLV Vessel JumboShip, hari ini. Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini. Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu merupakan buatan Perancis yang dibina pada 1979. - Foto BERNAMA Nov 14, 2011 6:03 pm


MELAKA: Muzium Kapal Selam pertama negara di Dataran 1Malaysia, Klebang akan membuka pintunya kepada orang ramai untuk menyaksikan pameran selama 10 hari mulai 22 November ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini.



Beliau berkata, kapal selam itu tiba semalam dan akan dibawa naik ke darat pada 16 November melalui jeti sementara yang dibina dan dijangka siap berada di atas tapaknya tiga hari kemudian. Katanya, projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu Kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan. Ditemui pemberita ketika melawat tapak Muzium Kapal Selam itu di sini, Mohd Ali berkata, buat permulaan, pengunjung akan dikenakan tiket berharga RM3 bagi dewasa, RM1 bagi kanak-kanak manakala potongan 50 peratus bagi warga emas.


Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu perlancongan di negeri ini.

Kapal selam sepanjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu adalah buatan Perancis yang dibina pada 1979. - BERNAMA


Komen Isac;

Kapal selam ini sebenarnya telah digunakan oleh skudran kapal selam TLDM ketika mereka menjalani latihan di Perancis sementara menantikan 2 buah kapal selam jenis scorpane yang dibeli Kerajaan Malaysia/TLDM siap dibina.

Ianya merupakan kapal selam terpakai dan telah dinyah tauliah sebaik sahaja anggota-anggota skudran kapal selam TLDM mendapat kapal-kapal selam baru mereka.

Kerajaan negeri Melaka telah mengambil initiatif untuk membawa balik kapal selam tersebut ke Melaka untuk dijadikan sebagai bahan pameran ataupun sebagai satu mercu tanda di negeri itu.

Kalau kapal selam ini memanglah sah dah tidak "digalakkan" untuk menyelam kerana "umurnya" yang telah agak lanjut ditakuti akan merbahayakan nyawa anak-anak kapal... Mungkin alat-gantinya pun sudah tidak dikeluarkaan lagi...

Nurul Izah wajar mengunjungi kapal selam ini apabila ianya dipamerkan kepada umum kelak...

14 Nov 2011

Kerajaan Berjiwa Rakyaat Pulau Pinang - Apa Yang Mereka Buat Untuk Rakyaat???



Kalau dilihatkan kepada billboard tu, cuma dokong bayi danbergambar dengan kanak-kanak kelainan upaya dan warga tua.

Yelah, pembangunan dan pelaboran yang dimiliki sekarang adalah hasil usaha BN....

Kalau ini lah sahaja yang kerajaan di bawah pimpinan LGE mampu lakukan, apakah agaknya yang bakal terjadi terhadap nasib Pulau Pinang jika mereka mampu mengekalkan kuasa di pulau tersebut sehingga 50 tahun???

Mungkin bakal menjadi negari termundur di Malaysia agaknya....

Sumber klik sini.

13 Nov 2011

Isyarat Dari Istana Kelantan Supaya Rakyaat Menukar Kerajaan Negeri???



SULTAN Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra disambut Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka dekat Kota Bharu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-42, hari ini. - Foto BERNAMA. Nov 11, 2011 6:00 pm

Tuanku Sultan Faris dilihat sedang menghulurkan tangan kepada Nik Aziz yang merafak sembah ketibaan baginda sempena hari keputeraan baginda. Sebagai seorang Sultan yang tegas, walaupun sering dikaitkan sebagai amat menghormati Nik Aziz sebagai seorang Tok Guru dan Ulamak oleh blog-blog pembangkang, hari ini baginda telah bertitah menegur pentadbiran Nik Aziz yang dilihat membazir dalam mentadbir-urus hasil-mahsul negara dan gagal untuk mendapatkan sumber penghasilan yang baru buat kerajaan negeri sehingga mengakibatkan kerajaan negeri telah menanggong defesit belanjawan yang besar.

Mungkin telah sampai masanya untuk kerajaan negeri ditukar dalam PRU 13???

12 Nov 2011

Urut "Bola Ping Pong" Lelaki Hidung Belang???


Dahsyat tu kerajaan Pakatan Selangor ni... Macam-macam ada... Silap-silap kalah Golok dan Hatnyai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3