bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 May 2011

Paul Scholes Bersara, Tapi Tidak Tinggalkan Man Utd.


Scholes bersara dari Manchester United
MANCHESTER: Pemain tengah Manchester United, Paul Scholes mengumumkan persaraannya, hari ini, seterusnya menamatkan spekulasi sama ada beliau akan meneruskan untuk beraksi bersama juara Liga Perdana Inggeris pada musim depan.
``
“Ia bukan keputusan yang saya ambil mudah, tetapi merasakan ini adalah tempoh sesuai untuk saya berhenti bermain bola sepak. Selepas menjadi sebahagian daripada pasukan yang membantu mencapai rekod kemenangan ke-19 bagi juara liga...ia adalah satu kebanggaan,” kata Scholes dalam laman web kelab itu, www.manutd.com. - REUTERS  Cerita lanjut klik sini.


Komen Isac;

Hah... Apa lagi sesiapa yang "perasan" diri tu bagus sangat main bole pergilah memohon untuk mengganti tempat Scholes...

Glamer...tu main dengan Manchester United....

Masuuk....

Wanita Masa Kini Masih Belum Tentu Selamat Jika Ditinggalkan Bersama Atok???


Bekas pengerusi bank Mesir ditahan atas dakwaan serangan seksual

2011/05/31


NEW YORK: Bekas pengerusi sebuah bank utama di Mesir ditahan atas dakwaan serangan seksual terhadap pekerja di hotel Manhattan, beberapa minggu selepas bekas Ketua Pengarah Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn atas dakwaan serupa. 

Polis berkata, Mahmoud Abdel Salam Omar ditahan di Hotel Pierre pada awal pagi tadi.



Ahli perniagaan berusia 74 tahun itu dituduh melakukan penderaan seksual ke atas pekerja hotel itu dan memegang badannya ke dinding dalam bilik di hotel berkenaan.



Polis berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad lalu. - AP 


Komen Isac;

Mengapalah agaknya lelak-lelakii yang berumur hujung 50 an ke atas sejak kebelakangan ni semakin ramai yang melakukan salah-laku seks??? Bukan sahaja di luar negara malah di dalam negara juga...

Adakah mereka yang lahir sebelum, pra dan pasca merdeka ini kurang didikan agama?

Adakah selepas 54 tahun merdeka, penjajah juga yang mahu disalahkan???

Mungkin ramai yang akan bersetuju jika penulis katakan kepimpinan melalui teladan...

Jika semakin ramai pemimpin yang ditangkap kerana melakukan kesalahan seks tetapi mereka sebaliknya menunding jari terhadap mereka yang membuat laporan, bukankah ini memberikan contoh dan teladan yang buruk kepada generasi muda?

Ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.

29 May 2011

Deja Vu??? Nasruddin Tantawi Akan Meninggalkan Pas???



Jika dilihatkan pada Datuk Zaid Ibrahim yang pernah menggunakan Utusan Malaysia semasa pemilihan pucuk pimpinan PKR tempohari akhirnya terpaksa meninggalkan parti gabungan Pakatan Rakyaat tersebut... Adakah perkara yang sama akan berlaku kepada Nasruddin???

Deja Vu akan berlaku??? Ataupun Kerajaan Perpaduan???

Kita tunggu......

Lagi Video Seks Pemimpin-pemimpin Pembangkang "Ditelanjangkan" Oleh BN???

Klik sini.

Memang senang bila menunding jari kepada orang lain...

Selalunya pembangkang suka mencari salah orang lain...Tetapi mereka juga juga selalu terlupa untuk menjaga kain mereka sendiri .........

Bak kata pepatah, "Berkokok berdegar-degar, ekor penuh tahi".

Ironinya mana-mana pemimpin di dunia maupun di negara ini jika dikaitkan dengan skandal seks pasti akan meletakkan jawatan, tetapi tidak buat Anwar...

Begitulah kebalnya "Pemimpin anugerah Tuhan" ini...

27 May 2011

Ibupejabat PKR Bakal Dilelong???



Walaupun ianya bangunan yang disewa tetapi menurut ceritanya kos rekabentuk dan hiasan dalamannya sahaja menjangkau angka RM 3 Juta...Klik sini.

Banyaknya duit dia orang ni ya...

Tetapi, bukankah lebih molek jika wang sebanyak itu digunakan untuk membiayai pembelian bangunan ktersebut. Pastinya itu lebih baik kerana ianya menanbah asset parti selain mengelakkan pergantungan kepada sipemilik. Jika berlaku sesuatu seperti kontrak terbatal ataupun bangunan tersebut dilelong siapakah yang rugi? Itu belum lagi termasuk kos terpaksa berpindah-randah dan imej parti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3