bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Mar 2011

Sampel DNA Dari Lokap Anwar Ditolak!!! - Anwar Bakal Terlepas???

Mahkamah: Sampel DNA diambil secara tidak sah, ditolak sebagai bukti
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
March 08, 2011


KUALA LUMPUR, 8 Mac — Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan sampel DNA telah diambil secara tidak sah dari lokap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ditahan satu malam pada Julai 2008, dan ia akan dikeluarkan daripada senarai bahan bukti kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
Ini bermakna tuala “Good Morning”, berus gigi dan botol air mineral serta sampel-sampel DNA yang diperoleh daripada ketiga-tiga barang itu tidak boleh digunakan sebagai bukti terhadap Anwar.

“Saya memutuskan dalam kes ini, sampel-sampel DNA daripada tiga barang ini — tuala Good Morning, botol air dan berus gigi diambil menggunakan cara tidak sah daripada tertuduh . . . dan, dikeluarkan daripada sebahagian daripada bahan bukti,” kata beliau hari ini.

Beliau membuat keputusan itu di akhir perbicaraan dalam perbicaraan sama ada sampel DNA yang diambil daripada ketiga-tiga barang itu boleh diperoleh sebagai bukti.

Anwar, 63, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Komen Isac;

Setahu penulis, mahkamah boleh meminta sampel DNA Anwar untuk dijadikan perbandingan dengan DNA dari air mani "Lelaki Y" yang dijumpai daripada dubur Saiful.

Yang pasti peguam-peguam tertuduh akan menggunakan apa sahaja muslihat untuk mengelak daripada memberikan sampel DNA Anwar.

Zahirnya pihak penuduh mestilah membuktikan kesalahan sitertuduh, dan sebaliknya pihak tertuduh tidak perlu membuktikan beliau tidak bersalah. Justeru jika tertuduh tidak rela memberikan sampel DNAnya maka, tertuduh bakal terlepas.

Mungkin pihak pendakwaraya perlu mengambil sampah-sampah yang keluar dari rumah DSAI juga air pembentungan dari rumahnya (mungkin ada bulu atau rambut tertuduh) untuk mendapatkan sampel DNA beliau. Secara lojiknya tertuduh tidak boleh melarang bukti-bukti yang diambil daripada bahan-bahan buangan yang beliau sendiri buang!!! Pihak polis dan pihak pendakwaraya wajar belajar dari siri televisyen  "CSI".









7 Mar 2011

Mendung Hitam Telah Berlalu - Masa Buat Umno/BN Untuk Bekerja Lebih Kuat!!!

Ibrahim: 'Mendung sudah berlalu bagi BN...'
Hazlan Zakaria
Mac 7, 11
2:53pm

Bukan sahaja BN kini dalam kedudukan yang lebih kuat, tetapi ia juga mampu menyerang balas dan merampas semula kerusi yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat sewaktu tsunami politik Mac 2008.

Perancangan Anwar vs Ketentuan Allah S.W.T ??? - Umno/BN Terus Kekalkan Momentum Kemenangan Sehingga PRU 13!!!


Komen Isac;

Perancangan Allah s.w.t. memang hebat dan tidak dapat dihalang maupun dikalahkan oleh sesiapa....

Jikakalau selepas PRU 12 dahulu, Pakatan berhasrat mahu meneruskan rentak kemenangan mereka melalui PRK-PRK di kawasan kubu mereka yang cuba diadakan hampir setiap bulan....dan dilihat sememangnya berjaya!!!

Bahkan demi cita-cita tersebut... Ada di antara pemimpin-pemimpin mereka yang terpaksa "dikorbankan"

Tapi kini... Walaupun ada dikalangan pemimpin mereka mengatakan pimpinan DS Najib "suey" kerana ramai ADUN BN yang meninggal dunia sejak kebelakangan ini, tetapi dari satu aspek pula dilihat, Allah s.w.t  memberikan peluang buat Umno/BN untuk meneruskan rentak kemenangan sehingga PRU Sarawak, sehingga PRU 13.....

Bukan melalui "muslihat" manusia!!! Tetapi dengan ketentuan Allah aza wajala!!!!!!

Masih lagi kita mahu menafikan mesej yang Allah s.w.t. mahu sampaikan kepada kita???

6 Mar 2011

Keputusan Tidak Resmi - BN Pertahan Merlimau dan Kerdau!!!



PRK Merlimau BN menang majoriti 3607, klik sini. PRK Kerdau menang majoriti 2134, klik sini.

Safee Sali Memulakan Langkah Kanan Dengan Memberikan Kemenangan Pertama Buat Pelita Jaya!!!

PEMAIN Pelita Jaya FC, Mohd Safee Mohd Sali (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Indonesia menentang Srivijaya FC di Stadium Singa Perbangsa, semalam. Keputusan Pelita 1, Srivijaya 0. - Foto Fariz Iswadi Ismail. Mar 6, 2011 6:47 am.


Komen Isac;

Semoga rentak kemenangan dan kejayaan sebegini akan terus mengiringi "Hero" bolasepak Malaysia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3