KUALA LUMPUR, 24 Nov – Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa hakim yang mendengar kes liwatnya telah “intimidasi” peguam utamanya, Karpal Singh dalam usaha mereka mahu melucutkan beliau daripada mendengar kesnya.
Dalam afidavit bertulis difailkan petang ini bersama notis usul mahu hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dilucutkan, Anwar (gambar) berkata hakim itu telah “mengugut” Karpal semalam apabila peguam itu memberikan notis hasrat pembela untuk memfailkan satu permohonan mahu melucutkan Mohd Zabidin.
“Peguam saya, ketika itu ada memberikan notis kepada hakim bahawa dia telah diarahkan oleh anak guamannya (saya) untuk meminta hakim berkenaan menarik diri daripada mendengar kes.
Berita lanjut klik sini.
Komen Isac;
Dah lebih dua tahun kes ini asyik tertangguh...Dah lebih 30 kali rasanya ianya ditangguhkan... Ini juga bukan kali pertama Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah cuba dilucutkan daripada mengadili kes ini...
Adakah Yang Arif Hakim tidak boleh menegur perilaku seorang peguam bela di dalam kamar mahkamahnya???
Setahu penulis jika ada orang yang "kebal" di dalam kamar mahkamah, orang itu adalah Tuan Hakim, bukannya ketua peguam bela apa lagi si tertuduh??? Agak-agak kalau di dakwa DSAI atas kesalahan menghina mahkamah kerana sengaja melambat-lambatkan perbicaran, ada asas ke?





