bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Apr 2010

Wujudkan Barung Panas. Pembangkang Tidak Berdisiplin - SPR



KUALA KUBU BARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan sikap pihak pembangkang yang mengingkari larangan supaya tidak mendirikan barung panas berhampiran pusat mengundi.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan merobohkan barung panas berkenaan kerana melanggari Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Nampaknya parti pembangkang masih lagi tidak mengikut arahan, masih lagi mendirikan barung panas. "Mereka tidak mengikut disiplin, kita akan ambil tindakan segera dengan merobohkannya," katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khing Ming di sini sebentar tadi.

Sejak awal pagi tadi, penyokong pembangkang mendirikan barung panas sebagai kaunter semakan pengundi di luar kawasan pusat mengundi berkenaan dengan jarak kurang 100 meter. Penyokong pembangkang juga masih lagi meraih undi dengan memegang bendera parti dan poster calon pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim. Selain itu Abdul Aziz berkata, beliau juga menerima beberapa laporan berhubung kesalahan berkenaan yang dilakukan pembangkang di beberapa pusat mengundi lain.

"Saya ada menerima laporan di tempat lain pun ada, ada yang sudah kita robohkan semalam". "Tapi semuanya dilakukan pihak pembangkang, tak ada satu pun daripada pihak BN," katanya.

Bagaimanapun beliau bimbang, perbuatan pembangkang itu akan mengundang tindakan penyokong BN mengikut perkara yang sama bagi menunjukkan kekuatan mereka. "Sekarang ini BN tak ada lagi, tapi kita bimbang lepas ini ada pula sebab nak berlawan (dengan pembangkang)," katanya.

PKR Bakal Menang Dengan 56.2% Undi?????

Pengundian bermula dengan jangkaan 56.2 % memihak Zaid



Pengundian bermula dengan jangkaan 56.2 % memihak Zaid

Zulkifli Sulong


Pengundian bermula dengan jangkaan 56.2 % memihak Zaid
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26248:pengundian-bermula-dengan-jangkaan-562-memihak-zaid&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Laporan dari Harakahdaily.net, berdasarkan kepada ramalan dari Zentrum Future Studies, kemenangan 56.2& undi bakal memihak Pakatan Rakyat.

Zentrum pimpinan Dr Abu Hassan Hasbullah yang membuat kajian lapangan secara agresif kali ini telah mengeluarkan laporan setiap jam semalam. Ia bermula dengan kemenangan berpihak kepada PR diwaktu pagi, BN menang di waktu tengahari tetapi berakhir dengan kemenangan bergaya di pihak PR pada akhir malam tadi 56.2 peratus untuk PR dan 43.8 peratus untuk BN.




Komen Isac;


Mari kita lihat kali ini samada ramalan Dr. Abu ini tepat ataupun beliau ini sebenarnya lebih "pro" /simpati kepada Pakatan Pembangkang?

Semasa PRK Batang Air dan Bagan Pinang yang lalu, beliau pernah seolah-oleh menyalahkan kekalahan Pakatan Pembangkang disebabkan internet tidak begitu digunakan oleh pengundi-pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan...Jestru "kebenaran" ataupun yang lebih tepat "dakyah" Pakatan Pembangkang tidak dapat disampaikan!

56.82 peratus keluar mengundi sehingga 1 petang...

PENYOKONG PKR dan BN tolak menolak di luar pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali semasa proses pengundian pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Abdullah Yusof

56.82 peratus keluar mengundi sehingga 1 petang

13:17:58 PM
KUALA KUBU BHARU: Seramai 36,650 pengundi atau 56.82 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar sudah keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sehingga 1 petang tadi. Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata proses pengundian berjalan lancar sejak pusat mengundi dibuka mulai 8 pagi.

Namun, berlaku beberapa insiden tolak menolak dan membaling botol air di antara penyokong parti bertanding erhampiran beberapa pusat pengundian. Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan di antara calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan, 44, dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim, 59.

Hulu Selangor: Selamat Mengundi....

Penduduk di Kalumpang beratur untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kalumpang, Hulu Selangor, hari ini. - Foto THE STAR Oleh DARRAN TAN
Hulu Selangor: Pengundian Hari Ini

HULU SELANGOR: Proses pengundian bagi kira-kira 63,700 pemilihberdaftar di kawasan kerusi Parlimen Hulu Selangor telah bermula pukul 8 pagi tadi. Tinjauan di beberapa pusat mengundi mendapati jumlah pengundi yang mula keluar menunaikan tanggungjawab mereka masih berkurangan.

Bagaimanapun, dijangkakan jumlah itu akan bertambah menjelang pukul 9 hingga 10 pagi nanti. Proses pengundian akan berakhir pada pukul 5 petang. Kira-kira 799 pengundi pos yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pekerja pilihan raya telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Khamis dan Jumaat lepas.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). BN diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan beliau akanditentang calon PKR yang mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun kedua-dua calon berkenaan bukan pengundi Parlimen Hulu Selangor. Pengundi akan melaksanakan tanggungjawab mereka di 48 pusat mengundi iaitu di 47 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai untuk memilih calon wakil rakyat mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan bagi pilihan raya berkenaan akan dapat diketahui sekitar pukul 9 malam ini.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru. Kawasan itu mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratusadalah Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratusIndia dan kira-kira 1,000 Orang Asli. Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnyaDatuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak.

Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu. Dr Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang menyandang kerusi itu selama empatpenggal.



Komen Isac;


Kempen dan amanat telah diberikan...Nak kempen dah tak boleh lagi.. Kepada pengundi-pengundi tepuk dada tanyalah selera dan selamat mengundi!!!

Orang Lain Berlumba-lumba Ke Bulan, Kita Tak Habis-habis Bersengketa...







KAPAL angkasa Atlantis ketika melalui peringkat persediaan sebelum dicantumkan dengan
tangki tambahan di dalam bangunan pemasangan  di Pusat Angkasa Kennedy, Florida,.
 Kapal angkasa ini dijadualkan berlepas pada 14 Mei nanti. - Foto AFP


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3