bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Jan 2010

Khalid Samad Bakal Dibuang Negeri???


Khalid Samad mengadap Sultan S'gor
Jimadie Shah Othman Jan 22, 10 11:05am
http://www.malaysiakini.com/news/122552


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dititahkan mengadap Sultan Selangor hari ini - empat hari selepas aduan polis dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau tidak menghormati baginda berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Ketika dihubungi pagi ini, Khalid mengesah beliau akan mengadap baginda hari ini. Menurutnya, pertemuan itu dijangka selesai sebelum waktu solat Jumaat. Ketika ditanya sebab beliau dititah mengadap, Khalid berkata, sebelum ini, beliau selaku ahli parlimen Shah Alam, telah memohon untuk mengadap bagi mendapatkan wawasan baginda mengenai pembangunan Shah Alam.

Katanya, beliau menghantar surat tersebut dua bulan lepas. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan isu penggunaan kalimah Allah turut dibangkit dalam pertemuan tersebut. Semalam, Khalid menafikan beliau tidak menghormati baginda apabila mempertikaikan penglibatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam perhimpunan di Masjid Negeri baru-baru berhubung isu tersebut.

Aduan polis terhadap Khalid itu dibuat oleh 16 NGO Isnin lalu berhubung isu tersebut.

Komen Isac;
Harap-harap beliau dibuang dari negeri Selangor. Kalau ini berlaku kita mungkin akan ada PRK yang baru.

Tragedi Perahu Naga - Kerajaan Pulau Pinang Perlu Bertanggung-jawab

Foto: Venue Asal (Empangan Teluk Bahang)





ARKIB : 20/01/2010
Kerajaan P. Pinang lepas tangan?
Oleh ZABRY MOHAMAD




CUCI tangan. Mungkin itu simpulan bahasa yang sesuai untuk menggambarkan pendirian kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap tragedi perahu naga terbalik di perairan Pantai Macallum, Ahad lalu yang mengorbankan seorang guru dan lima pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling.







Umum mengetahui, pertandingan perahu naga yang begitu popular di Pulau Pinang sebelum ini diadakan di Empangan Teluk Bahang, menggantikan lokasi asal iaitu Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam dan perairan Gurney Drive.


Keadaan yang dikategorikan sebagai stabil dan selamat merupakan antara faktor utama kenapa pertandingan tersebut diadakan di Empangan Teluk Bahang. Bagaimanapun, sejak pakatan pembangkang yang diterajui DAP mengambil alih Pulau Pinang, ia diubah ke perairan Jeti Nelayan Bandar Seri Pinang iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi tragedi.
Komen Isac;
Kalau bab komplen dan mengutuk dasar-dasar kerajaan BN inilah orangnya dan inilah partinya...Parti dua beranak dan bapa angkat keturunan Sikh. Merekalah yang kononnya "terbaik". Tapi lihatkan diantara keputusan yang telah mereka ambil....Enam nyawa telah melayang.... Tak apa? Biarkan? Mereka tetap yang terbaik??? Mereka adalah "pejuang suara rakyaat" ???
Jika itulah jawapannya dan rakyaat masih mahukan mereka, "biarkanlah si Lunchai terjun dengan labu-labunya.....biarkan....biarkan...."

21 Jan 2010

"Serangan" Surau Di Muar - DAP Cuba Guna Untuk Alih Isu Lumba Bot Naga!!!!!



http://www.malaysiakini.com/news/122461
Tirai surau di Muar terbakar
Abdul Rahim SabriJan 21, 101:13pm




Tirai di dalam sebuah surau di Jalan Ismail, Muar ditemui terbakar awal pagi, manakala cermin tingkapnya turut pecah.Ia disedari oleh tiga orang yang sedang menaiki sebuah kereta ketika lalu di situ pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi.Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli ketika dihubungi Malaysiakini.



Menurutnya, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka berhenti kereta dan bergegas masuk untuk memadamkannya.Mengenai sama ada ianya satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasatnya.



Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden oleh ADUN DAP Bentayan, Gwee Tong Hing. "Kita tidak tahu sama ada insiden itu ada sebarang kaitan dengan kes serangan ke atas beberapa tempat ibadat sebelum ini. "Tetapi ia pastinya akan meningkatkan lagi keresahan di kalangan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Lim berkata, DAP mengutuk keras sebarang perbuatan seumpama itu yang menurutnya jelas bertujuan untuk mencetuskan rasa syak wasangska antara masyarat berbilang kaum dan agama di negara ini.






"Kita menggesa pihak polis supaya mempertingkatkan lagi siasatan dan mekanisme pemantauan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya, ke muka pengadilan, dan bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang, demi memelihara kehidupan harmoni di kalangan rakyat kita," katanya.





Komen Isac;




Pandainya LGE/DAP ni.....Mereka berpura-pura baik, menaruh simpati tetapi yang sebenarnya mereka ni sengaja nak tumpang "tuah". Harapan mereka yang sebenar adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyaat terhadap tragedi bot naga karam yang mengorbankan 6 orang.

Sebenarnya kalau mengikutkan blog unspinners (http://theunspinners.blogspot.com/2010/01/unspin-guan-eng-salahkan-sekolah-atas.html), kemalangan maut tersebut seolah-olah sengaja "ditempah" oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, LGE kerana mereka telah menukarkan lokasi perlumbaan bot naga dari kawasan tasik/empangan (yang terlindung dan selamat) kepada kawasan perairan yang merbahaya terdedah kepada ombak, arus dasar selat, angin kencang serta tongkang-tongkang yang lalu-lalang disitu.....






Lain-lain pembaca-pembaca budiman timbangkanlah sendiri....

DS Ir. Nizar Masih Dibuai Mimpi....


Pakatan Rakyat yakin berkuasa semula di Perak
Rahmah GhazaliJan 20, 102:26pm


Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot sedikit terutama di kawasan pedalaman. Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu. Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.




Pakatannya itu bagaimanapun tumbang pada Februari lalu, apabila tiga ahli dewan undangan negerinya berpaling tadah dan memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN). Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman. "Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.



Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang. Sidang media itu diadakan sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.



Dalam pada itu, Bernama memetik Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri. Beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Komen Isac;
Penulis simpati dengan DS Ir. Nizar, yalah sememangnya bukan senang untuk menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan jawatannya yang baru dipegang selama 10 bulan....Berada di "puncak dunia" dan tiba-tiba terhampas ke tanah, tidak semua manusia yang mampu menghadapi situasi serperti sedemikian....
Walaubagaimanapun berharap agar Dato' Dr Zamby melepaskan jawatannya dan memberi laluan kepada pilihanraya DUN Perak adalah suatu mimpi di siang hari....

20 Jan 2010

Kes Liwat DSAI Ditunda Lagi......


Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL


Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditunda ke 2 Februari. Ini kerana Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuannya bagi mendapatkan dokumen-dokumen penting kes pagi Rabu hanya dapat membuat keputusan pada 29 Januari ini. Keputusan berkenaan diumum oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Ariffin Zakaria. Selain beliau dua hakim lain yang mendengar rayuan ini ialah Datuk Md Raus Shariff dan Datuk Abdul hamid Embong. Penal peguam Anwar diketuai oleh Karpal Singh. Ketiga hakim berkenaan tidak dapat mencapai kata putus setelah berbincang hampir 45 minit di kamar hakim. “Kami tidak dapat membuat keputusan hari ini. Kami akan memutuskannya pada 29 Januari. Perbicaraan kes ini akan ditunda sehingga keputusan diumumkan. Ia boleh diteruskan pada 2 Februari,” kata Arifin.




Komen Isac;


Nak cakap apa, mahkamah dah suruh tangguh....Masing-masing tak mengaku salah....Ada strategi masing-masing. Itulah kelemahan mahkamah kita, satu-satu kes boleh ditangguh, ditangguh dan ditangguh....


Mana taknya mahkamah kita ada banyak kes tertangguh....Kalau yang dituduh bersalahpun, nak tunggu dijatuhkan hukuman, sikit lah punya lama. Nak-nak peguambela pulak pandai melambat-lambatkan perjalanan perbicaraan kes. Mintak ini, mintak itu....silap-silap akhirnya kes ditutup/dibuang kerana mangsa/pengadu dah meninggal dunia.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3