Bagi rakyaat Malaysia yang mencintai negaranya siapa yang tak kecewa bila melihat skuad Harimau Malaya gagal melangkah ke pentas final pada hari Khamis lepas.
Ramai yang tampil memberikan pendapat dan ramai yang memilih untuk menyerang Rajagopal.
Salah seorang darinya adalah wartawan sukan BH. Beliau bertanya mengapa awal2 lagi tak memasukkan Faizal untuk menggantikan Fadli Sas yang dibuang padang?
Pada pendapat penulis disebabkan Thailand mempunyai kelebihan 1 gol di tempat lawan, mahu tidak mahu pasukan kita yang walaupun bermain dengan 10 orang pemain perlu menjaringkan gol. Jestru sekiranya ditambah seorang lagi defender macam mana
nak score gol? Tambahan seorang lagi pemain pertahanan bermaksud kita terpaksa korbankan seorang pemain midfield ataupun penyerang.
Kalau ketika itu kita sedang mendahului itu cerita lain lah... Lagipun secara teorinya walaupun Amar Rohidan bukannya center defender tapi sebagai defend midfielder
dia sepatutnya boleh cover post tu. Setidak-tidaknya itulah yang DRG fikirkan agaknya.
Walaupun dengan 10 orang kita kena menyerang all out, pastinya ada di antara pemain2 nanti akan kram atau tercedera kerana terpaksa main "exstra hard" untuk "cover" kekurangan seorang pemain. Pasti dengan berbaki 45 minit masa permainan pertukaran player akan diperlukan untuk menampung masalah ini.
Jadi mengapa perlu DRG terus menukar pemainnya awal2 lagi?
Mengapa Safi Sali tidak diturunkan dari awal, mungkin disebabkan beliau sememangnya tidak cergas sepenuhnya dan sebab itulah juga mengapa walaupun Shakir dan Wan Zack yang dikatakan "telah pulih" tidak diturunkan. Gary pula diberitakan mengalami keracunan makanan.
Jika kita lihat sejarah pasukan bolasepak negara memang telah lama ianya tidak boleh dibanggakan sehinggalah datangnya DRG yang membuat magis dengan memenangi emas Sukan SEA 2009 dan piala AFF 2010 dan diikuti pula oleh kemenangan2 oleh skuad Ong Kim Swee (Harimau Muda).
Jika sekitar tahun 2008 Jurulatih B. Sathinathan yang malu akibat skuad negara dikalahkan UAE 5 : 0 dalam kelayakkan Piala Asia telah menghina pemain2 negara sebagai tiada kualiti dan mengatakan Liga Bolasepak kita bukan liga bolasepak. Beliau akhirnya terpaksa menelan ludahnya kerana kejayaan skuad negara di bawah kendalian DRG pada 2009 dan 2010. Klik sini.
Jika dengan skuad bawah 23 tahun negara pada tahun 2009 DRG mengambil langkah lebih berhati2 dengan pendekatan lebih banyak bertahan. Dengan skuad Piala AFF 2010 beliau lebih memberanikan diri dan sedikit keyakinan dengan memperbanyakkan serangan.
Dengan dua kejuaraan yang dicapai oleh DRG jurulatih skuad Harimau Muda iaitu Ong Kim Swee dilihat semacam telah mendapat keberanian kerana skuad bimbingannya dilihat mengamalkan corak permainan menyerang.
Jestru janganlah kita lupa daratan dan lupa asal usul kita. Adat bolasepak ada kalanya kita menang dan ada kalanya kita kalah. Jurulatih2 hebat seperti Alex Fergusan dan Arse Wenger pun ada jatuh bangunnya.
Tidak dinafikan mungkin DRG juga ada melakukan beberapa kesilapan, tetapi hakikatnya kini di bawah bimbingan DRG dan OKS skuad Harimau Malaya senior dan muda kembali digeruni di Rantau Asia Tenggara.
Satu saranan penulis untuk kelayakkan Piala Asia 2015 nanti DRG wajar memberi peluang agar beberapa pemain midfielder terbaik negara seperti Piya dapat menganggotai skuadnya disamping semoga Subramaniam (defender Kelantan) dapat segera sembuh.
Walaupun pemain2 yang menyinar di liga tempatan kelihatan kaku ketika diberikan peluang mewakili negara dalam perlawanan persahabatan seperti Joseph Kallang Tee dan Piya. Mereka ini wajar diberikan peluang kedua kerana midfield sediada juga dilihat tidak begitu cemerlang dalam kejohanan Piala AFF 2012.
wartawan bodoh.. mana reti apa...tau nak hentam saja...
ReplyDeletekadangkala wartawan sukan merasakan mereka lebih pandai hanya kerana mereka melihat dari anjung tinjau atau dari siaran langsung. hanya jurulatih lebih tahu kekuatan dan kemampuan pemainnya kerana mereka yang mendampingi mereka setiap hari. DRG bukanlah jurulatih yang sempurna tetapi beliau adalah jurulatih terbaik di negara dan disegani di rantau ini. kemampuannya bersaing dengan jurulatih-jurulatih import dari barat harus diberikan penghargaan. Kita pernah mempunyai jurulatih import tapi pasukan negara semakin suram. DRG ternyata memberi nafas dan gaya tersendiri kepada pasukan negera. Mungkin penerapannya gayanya masih belum dapat diterima pemain sepenuhnya tetapi gaya tersendirinya memang sukar dibaca oleh pasukan lawan. Aku masih mengharap sentuhannya untuk pasukan Harimau Malaya dan OKS untuk Harimau Muda.
ReplyDeletewartawan cap ayam.mane tahu tentang bola.
ReplyDeletewartawan cap ayam.mane tahu tentang bola.
ReplyDeletetak taulah sapa bodoh, sapa bangang & sapa yg bingai. yg pasti jurulatih DRG telah silap percaturan. dgn terkeluarnya fadli shas, team HM telah tempang di bhgn tengah & defend. dlm masa yg sama thailand ada satu kelebihan gol di tempat lawan. so, HM wajib 'allout' utk dptkan gol di tempat lawan. formasi DRG pulak gunakan satu striker, mcm dh ada kelebihan gol pulak!!! susah tul nk faham pemikiran jurulatih HM ni. adussss.... tak perlu kepakaran yg tinggi la utk memahami kesilapan ini. DRG memang bagus pada 2009 & 2010. tp chelseapun singkirkan roberto de matteo. kenapa tidak dgn DRG?
ReplyDeleteKerana RG dan OKS rakyat Malaysia kembali ke stadium dan kerana merekalah rata ceruk tak kira dewasa serta kanak2 tidak malu memakai jersi kebangsaan. Kerana kekalahan ini wartawan itu meletak kesalahan keatas jurulatih, sedangkan
ReplyDeleteTahun 2010 siapa pun tak ambil peduli piala AFF, tau2 saja negara jadi juara dan Sekarang peminat boleh hafal nama pemain dan posisi mereka.
Pokok pangkalnya pemilihan pemain untuk pasukan negara tidak telus,ada ke patut memilih pemain di kalangan pasukan yang kurang menonjol dalam liga malaysia,bercampur aduk macam kuat rojak,pemain di kalangan pasukan yang menjadi juara tidak dipilih terlalu ramai,hanya 3 orang sahaja.Perkara seperti itu tidak sepatut berlaku,cuba kita lihat pasukan singapura rata ratanya dibarisi pemain kelab LIONS XII.keserasian di antara mereka membuktikan mereka boleh berjaya,jadi fikir fikirkanlah PIHAK FAM
ReplyDelete