Pemain Malaysia meraikan kemenangan dan mengucapkan terimakasih kepada penyokong2 selepas bejaya menewaskan Indonesia dalam Kumpulan B untuk Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto-M. Azhar Arif/The Star.
Dengan S. Kunalan, Khairil Muhyameen, Shakir, Norshahrul dan Azamuddin tercedera dan skuad negara masih mampu mengekang asakan-asakan mengila daripada pasukan Indonesia, bolehlah dirumuskan bahawa eksperimen2 yang dilakukan oleh Rajagopal sebelum ini yang memberikan peluang untuk sekumpulan besar pemain2 dalam skuadnya untuk bergilir2 menggalas tugas bermain untuk negara di dalam setiap perlawanan persahabatan yang melibatkan skuad negara telah menampakkan hasil kerana pemain2 simpanan dilihat tidak kekok untuk menggalas tugas mereka bila diperlukan dan bila berlakunya kecederaan terhadap sebahagian daripada pemain kesebelasan utama.
Harapan penulis, semoga skuad Harimau Malaya akan dapat mara ke final dan seterusnya mempertahankan piala AFF 2012.
hanya jauhari yg mengenal manikam.. kita hanya tau kutuk jer! inilah buktinya!!
ReplyDeleteJangan bila kalah, salahkan Raja Gobal... Ibarat dengar guruh di lamgit, habis tempayan berisi air dicurahkan... Hujan tak turun, air dalam kolah kering... Raja Gobal adalah jurulatih dan strategy planner... Dia tahu apa yang terbaik utk pasukannya... Tapi bila anak buah mula berlagak... Mula la tak nak follow strategy coach... Main pun macam takde semangat... Bila kalah, coach jd kambing hitam... Dipecat... Masa menang pemain yang dijulang... Masa kalah coach pula kena terajang... Sepatutnya semua pemain perlu dihantar ke Kem Bina Negara, pulihkan balik semangat dan jati diri... Apabila semangat dan jati diri dan dibina, barulah mereka mampu bermuhasabah diri... Barulah mereka sedar... Apa yang mereka kejar bukan kemenangan semata-mata, malah ianya juga menjaga maruah mutu bola sepak negara... Barulah mereka sedar, apa yang mereka kejar selama ini bukanlah ganjaran untuk mereka, tapi ganjaran kepada seluruh rakyat Malaysia... Supaya rakyat Malaysia kembali meyakini skuad negara... Supaya tidak ada lagi rakyat yanga memperlekehkan mutu bola sepak negara... Supaya tidak ada lagi rakyat offer bogel atau potong zakar bila skuad negara kalah...
ReplyDeleteKawan amat bersetuju dengan pandangan bro...
DeleteStuju sgt.. kita berusaha.. pemain berusaha.. coach berusaha.. penyokong berusaha.. Akhirnya dengan izinNya jua.. menang kalah terima dgn redha
DeleteBILA KALAH RAJAGOPAL DIKUTUK...RAJA MABUK MINUM BRANDI LAH...RAJA KLING MABUK LAH...KELING MNUM TODI LAH....
ReplyDeleteCUBALAH BERFIKIR CARA POSITIF DAN OPTIMISTIK....MACAM MANA MELAYU NAK MAJU?
KALAU ORANG KATA MELAYU BODOH ,KITA MARAH.
Itulah sikap sesetengah org melayu yg perangai cam budak2.. tak jaga sensitiviti dan perasaan org ttp nak org jaga perasaan mrk.. sometimes bila baca komen2 mrk yg begini.. tak tau nak marah ke nak kesian..
DeleteAsalamualaikum, Bro.
ReplyDeleteAku memang dari dulu tak ikut perkembangan bolasepak tempatan TAPI bab Pasukan Negara samada Harimau Malaya atau Harimau Muda, aku selalu doakan mereka. Walaupun kadangkala mereka main macam hampeh tapi aku doakan agar terbuka hati dan bersemangat kembali. Bab Rajagobal dan Ong Kim Swee ni memang aku rasa macam tengok bola 30 tahun dulu. Suka buat orang sakit jantung sebab macam nak tiru cerita hindustan. MENANG KEMUDIAN! hehehe.... tu pasal aku sentiasa punya keyakinan terhadap pasukan kebangsaan walaupun selepas 30 kali kekalahan berturut-turut.
Yang lain semua dah cukup sebab itu pemain kita diintai negara luar. Skill dah ada. Stamina dan tenaga mantap. Taktik selalu diluar jangka pasukan lawan. Hanya perlukan suntikan semangat termasuk dari penyokong dan doa dari rakyat.
bila kalah memang la salahkan Rajagobal, dah dia coach. Ada lagi karekter2 lain yg akan dipersalahkan juga. Tapi coach la yg paling bertanggungjawab.
ReplyDeleteKalau aku coach, dan team aku kalah.... nak tak nak kena salahkan diri juga kan? Nak salahkan siapa lagi... players aku sendiri pilih, taktik aku yg rancang, latihan aku yg program, motivasi aku yg bagi.
Kalah masa Msia lawan Spore hari tu nak salahkan siapa? Sokong pun sokong tapi kalau nak improve kena cari kelemahan. Dan bila dah jumpa kelemahan ... memang ada la yg akan dipersalahkan.