SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."


Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.

Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.

"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.



"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.


"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.



Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.


Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.

"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.

Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".

"Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya.Sumber klik sini.



Komen Isac;

Surah al-Baqarah , ayat 41 :

وَآمِنُواْ بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَكُمْ وَلاَ تَكُونُواْ أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ

Ertinya : “Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Qur'an) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu MENJUAL ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa “.

Perkataan “ MENJUAL “ di dalam ayat tersebut sebenarnya adalah merujuk kepada “ MENUKAR-NUKAR “. Maka boleh difahami ayat itu sebagai mana berikut dengan melihat kepada kaitan di antara ayat tersebut dengan ayat sebelumnya :  “ Wahai Yahudi ! berimanlah kamu kepada Nabi Muhammad s.a.w dan Al-Quranul Karim yang dibawa olehnya kerana sifat-sifat kerasulannya sendiri sudah kamu temui dengan jelas lagi terang di dalam kitab Taurat kamu ! . Wahai pendita-pendita Yahudi ! Janganlah pula kamu menjadi orang-orang yang pertama sekali menentang kebenaran Nabi Muhammad s.a.w walhal kamu sendiri tahu melalui kitab kamu bahawa dia itu benar-benar adalah utusan Allah ! . Wahai orang-orang Yahudi ! , janganlah pula kamu menukarkan peringatan-peringatan Allah di dalam Al-Quranul Karim itu demi kepentingan duniawi yang sangat rendah lagi murah nilainya itu berbanding ayat-ayat Al-Quranul Karim dan hendaklah kamu semua takut sungguh-sungguh dengan Allah Ta’ala ! “ . 

Keterangan lanjut klik sini.


Jika dilihatkan kepada Amanat Hadi, siapakah yang "menjual murah" ayat2 Al-Quran???

Dahulunya kerana Umno bekerja-sama dengan MCA dan MIC, mereka dilabel sebagai kafir!!!.

Kini Pas boleh pula bekerja-sama dengan PKR dan DAP??? Tetapi tidak kafir???

Bila Umno tidak menjalankan hukum hudud kerana kekangan masyarakat majmuk, mereka melebel Umno sebagai memisahkan Islam dengan politik. "Agama suku, politik suku". Sedangkan Islam sepatutnya dijadikan cara hidup.

Ironinya Hudud yang mahu Pas tegakkan cuma mahu dikuatkuasakan ke atas orang2 Islam sahaja yang nyata bertentangan dengan hudud yang ditegakkan oleh Rasullullah s.a.w.

Bila para mufti mula menegur tingkah-laku  "buruk" mereka yang mempermainkan hukum-hakam, mereka menemplak  para mufti agar jangan mencampuri hal2 politik mereka!!!

Kini siapakah yang memisahkan agama dan politik?

Menegakkan hukum hudud juga cuma dijadikan permainan politik Pas, yang hanya akan kembali kedengaran di musim PRU.