bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Dec 2012

Harimau Malaya Semakin Tempang - Senarai Kecederaan Semakin Panjang!!!


Petaling Jaya: Persiapan skuad Harimau Malaya menjelang aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF bertemu Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini sedikit terjejas apabila pemain sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Nor mengalami kecederaan ketika sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam. 

Wan Zack gagal menamatkan sesi latihan itu selepas tiba-tiba otot pada bahagian atas pahanya cedera sekali gus menerbitkan keresahan buat jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal. 



"Nampak teruk kecederaan yang dialami Wan Zack tadi, tapi saya harap dia sempat pulih menjelang perlawanan," kata Rajagobal yang dilihat agak gusar dengan kecederaan itu ketika ditemui selepas latihan.

Skuad Harimau Malaya sebelum ini dilanda krisis kecederaan membabitkan Safee Sali, Khyril Muhymeen Zambri, S Kunanlan dan Shakir Shaari. 

Namun Safee, Khyril dan Kunanlan dilihat melakukan latihan ringan, petang semalam tatkala kecederaan buku lali Shakir agak serius. 

Sementara itu, sesi latihan sekali lagi terganggu dengan hujan lebat dan bagi menilai barisan pemain simpanannya, Rajagobal mengatur satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Perdana, Polis di Wisma FAM, malam ini. 

"Perlawanan ini hanya untuk mengekalkan momentum daripada perlawanan terakhir sebelum ini. Ia peluang untuk saya mencuba pemain simpanan untuk mereka bersedia beraksi bertemu Thailand. 
"Saya juga akan melihat semula jadual latihan, mungkin selepas ini saya akan buat latihan sebelah malam kerana sering hujan," katanya. 


Komen Isac;

Di sinilah eksperimen2 Raja Gopal akan teruji....

Pemain2 simpanan perlulah setanding dan berupaya menggalas tugas sebagai kesebelasan utama sekirinya diperlukan.

Penyokong2 hanya dapat mengiringi pemain2 dengan doa dan sorakan semangat!!!

Ayoh Harimau teruskan kemaraan!!! 

Sesungguhnya kempen Piala AFF 2010 lebih getir, mencabar dan senarai kecederaan lebih panjang!!!

Kuatkan semangat dan fokus kepada kempen Piala AFF 2012!!! Kejuaraan pasti akan jadi milik kita!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3