bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Dec 2012

Laluan Sukar Untuk ke Final Piala AFF Tetapi Harimau Malaya Akan Melakukannya!!!


SKUAD KEBANGSAAN gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakala Thailand menerusi Teerasil pada minit ke-79.
Keputusan ini meletakkan Malaysia di laluan tertekan untuk memburu tiket ke final. Harimau Malaya akan bertandang ke Thailand Khamis ini untuk perlawanan timbal balik.
Pada perlawanan malam ini, sebaik permainan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kelima, kubu skuad Gajah Putih diuji, namun sepakan percuma yang dilaksanakan oleh Safiq Rahim gagal menembusi gawang lawan.
Pada minit ke-12, benteng pertahanan skuad negara pula diuji oleh dua percubaan dari jarak jauh, daripada Adul tetapi tindakan pantas penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal Marlias berjaya menafikan percubaan itu.
Hasil serangan balas, skuad Harimau Malaya hampir berada di depan pada minit ke-18, tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha, yang turut dikenali Mat Yo, gagal mengatasi barisan pertahanan Thailand.
Peluang pertama Thailand hanya hadir pada minit ke-27 menerusi hantaran bahaya Datsakorn, begitu pun berjaya dikeluarkan oleh Mohammad Aidil Zafuan.
Thailand sekali lagi mempunyai peluang membolosi gawang lawan apabila cubaan Anucha memberi bola kepada Datsakorn dari sayap kiri dan Teerasil membuat hantaran pada minit ke-29, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan hantaran.
Selepas itu, cubaan Datsakorn mencipta peluang untuk Thailand terus tidak berjaya pada minit ke-44 apabila Aidil menghalang pemain lawan dari mengambil kesempatan.
Selang beberapa minit memasuki babak kedua perlawanan, belum sempat Thailand melakukan asakan, tandukan Mat Yo pada minit ke-49 hasil hantaran Mahali di sayap kiri telah menggegarkan stadium apabila meledak gol pertama buat Malaysia.
Thailand menggandakan asakan. Hantaran Piyapol Bantao dari sayap kanan pada minit ke-55 gagal dikawal rakan sepasukan dan Aidil menyepak bola keluar dari keadaan bahaya.
Mendapat sorakan gemuruh daripada penyokong sendiri, Malaysia sekali lagi berpeluang menambah jaringan gol menerusi percubaan baik oleh Mat Yo, bagaimanapun pasukan tuan rumah gagal ambil kesempatan setelah dipesong keluar oleh Kawin.
Thailand nyata tidak berputus asa apabila terus melakukan serangan, namun Farizal berjaya menepis keluar percubaan Thailand dan tendangan sudut pasukan pelawat itu gagal mendatangkan hasil. Ketinggalan 1 : 0 permainan Thailand telah bertukar menjadi agak kasar dengan banyak melakukan terjahan2 kasar untuk membantutkan semangat pemain Harimau terutamanya apabila pengadil dilihat gagal mengambil tindakan terhadap pemain2 Thailand.


Perubahan formasi yang dilakukan oleh Rajagobal pada minit ke-73 dengan membawa masuk S. Kunanlan dan Safee Sali juga membawa padah apabila Malaysia dilihat kehilangan cengkaman pada bahagian tengah untuk Thailand mengambil kesempatan.

Kelekaan pertahanan Malaysia akhirnya dihukum, berpunca daripada satu hantaran silang, Teerasil melonjak tinggi menyambut hantaran menyamakan kedudukan dengan tandukan baik pada minit ke-79 untuk mendiamkan penyokong Harimau Malaya.
Mohd Safee cuba menguji benteng pertahanan Thailand pada minit ke-88, namun kuisannya gagal disambar rakan sepasukan untuk kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat.
10 minit terakhir skuad negara melancarkan serangan bertali-arus tetapi beberapa peluang keemasan tidak dapat disempurnakan samada tersasar, dihalang oleh pemain pertahanan ataupun diselamatkan oleh penjaga gol termasuk tandukan oleh Safi Sali yang tepat ke arah penjaga gol.
Apapun skuad negara yang dilihat lebih suka menempah laluan sukar seperti ketika di peringkat kumpulan diharapkan dapat bangkit dan memenangi separuh akhir kedua di Thailand pada Khamis depan dan seterusnya melangkah ke final. Jika ini dapat dilakukan di hadapan penyokong2 lawan pastinya ia akan menjadi nostalgia yang bakal diingat sepanjang zaman. Kalau mengikut rekod skuad negara sejak kebelakangan ini juga dilihat lebih berjaya jika barmain di gelangang lawan.
Skuad negara perlu menang ataupun seri dengan keputusan 2 : 2 jika mahu menempah tiket ke final. Kalah bermaksud tersingkir dan seri 1 : 1 akan terpaksa melalui permainan masa tambahan dan diikuti dengan sepakan penalti.

Senarai pemain Malaysia:

Mohf Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohammad Aidil Zafuan, Safiq Rahim (kapten), Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, Azammudin Akil, Baddrol Bakthiar, Mohd Fadhli Mohd Shas





Senarai pemain Thailand:
Kawin Thamsatchanan (kapten), Panupong Wongsa, Theerapyhon Bunmathan, Chonlatit Jantakam, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha Kitpongsri, Adul Lahsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, Piyaphon Buntao

Pengadil perlawanan: Torki Mohsen Ramezanali (Iran)

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3