bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Dec 2012

96.3% Pemandu Malaysia Penyokong Kuat Pakatan Rakyaat???


KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 pengguna jalan raya telah menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 September lalu. 

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad, berkata jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan. 



"Pengguna jalan raya perlu faham, penguatkuasaan AES ini bukan untuk membebankan mereka sebaliknya sebagai satu kaedah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya yang saban hari semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya anjuran Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) di Plaza Tol Sungai Besi, di sini.

Ismail berkata dalam mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya kemalangan maut, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh agensi penguatkuasa seperti pertambahan bilangan kenderaan dan pemandu setiap tahun. 

Beliau berkata untuk rekod, negara mengalami pertambahan kenderaan sebanyak kira-kira 1.1 juta setahun dan pertambahan pengguna jalan raya sebanyak 400,000 orang dan ia menjadi satu cabaran besar kepada JPJ dan agensi penguatkuasaan lain dalam mengurangkan kemalangan maut di Malaysia. Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Cuma 3.7% daripada pemandu-pemandu yang telah disaman menggunakan AES telah membayar saman mereka. Suatu peratusan yang begitu rendah.

Patutlah Pakatan Rakyaat beriya-iya benar mendesak supaya kerajaan pusat menghapuskan AES. Ini adalah kerana mereka mahu memenangi populariti dan kelihatan sebagai jaguh.

Ironinya apabila "musim kemalangan maut" meningkat semula merekalah juga yang nantinya akan menunding jari menyalahkan dasar2 kerajaan dan penguatkuasaan undang2 yang akan dipersalahkan kerana peningkatan tersebut.

Apapun dengan kenaikkan harga barang akibat iklim ekonomi dunia yang tidak menentu dan juga pengurangan subsidi kerajaan terhadap beberapa barangan kawalan, penulis ingin mencadangkan agar saman AES dapatlah diturunkan sebanyak 50% iaitu pada kadar RM 150.00 bagi setiap satu kesalahan.

1 comment:

  1. Salah tu......sebenarnya 100% WN Malaysia tidak menyokong BN ataupun Kerajaan memerintah semata-mata kerana adanya undang-undang dan pelaksanaan undang-undang yang dianggap menyekat kebebasan WN yang sepatutnya di berikan sepenuhnya kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Dalam hal ini parti pembangkang dilihat lebih mesra ke arah melaksanakan hak kebebasan sebanar mengikut kehendak WN. Jadi cadangan saya di sini untuk menarik sokongan WN kepada kerajaan, maka kerajan mestilah memansuhkan semua bentuk akta ataupun undang-undang di malaysia sebagai negara contoh di ats muka bumi yang tidak memerlukan sebarang peraturan. Selain itu wang rakyat boleh dijimatkan dengan membubarkan semua pasukan penguatkuasa undang-undang. Apabila ini dilaksanakan, maka tidak adalagi kegiatan jenayah, tiada lagi pelangaran hak asasi manusia......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3