bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Dec 2012

Pakatan Rakyaat Cuba Menipu Rakyaat Pahang Pula???


Tiga tawaran mega peringkat Pusat itu ialah:


PERTAMA: Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, bekas anggota polis dan tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda. Mana mungkin ini boleh berlaku kerana tanah2 tersebut adalah milik Felda Plantation dan telah ianya telah diapongkan dibawah Felda Global Ventures di BSKL.


KEDUA: Memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya lima peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak. Akan mengurangkan sumber kewangan kerajaan pusat sebanyak 15%. Suatu jumlah yang besar.


KETIGA: Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja
menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut–Benta, Jerantut–Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara dua negeri seperti Kuantan–Jerantut–Kuala Lipis–Gua Musang, Kuantan–Segamat dan Kuala Lipis–Raub–Bentong–Seremban dan Jerantut–Ulu Tembeling–Dungun dengan pelaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi negeri Pahang. Dengan peningkatan royalti minyak untuk kerajaan negeri dan pendekatan lebuhraya tanpa tol oleh PR dari manakah sumber kewangan untuk membiyayainya hendak diperolehi? Nak buat lebuhraya Gua Musang ke Kuala Krai pun kerajaan Pas terpaksa memungut derma. Jangan jadi macan "Tabung Memali" sudah lah....



PR Pahang pula mengisytiharkan enam tawaran mega sekiranya mereka berjaya menawan Pahang dalam PRU13.

Enam tawaran itu ialah:

  1. Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula kampung-kampung baru dan kampung tersusun. 5 tahun memerintah di Pulau Pinang PR tidak membina walau sebiji pun rumah murah untuk rakyaat. Tapi menjanjikannya di Pahang?
  2. Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat. Janji manis pilihanraya?
  3. Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ia tidak diceroboh sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Apayang jadi pada "Ladang Rakyaat" di Kelantan? Tanah2 dapat kepada orang Asli??? Tidak!!! Sebaliknya dapat kepada pemimpin2 PR. Malahan pekerja2 juga diimport dari luar.
  4. Memudahkan urusan pertukaran status pertanian kepada lot perumahan atau bangunan. Ini diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan. Biasanya tiada masalah. Setiap jabatan terbabit akan memberikan ulasan teknikal dan mempastikan kondusi dan syarat2nya dipatuhi.
  5. Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan mineral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan. Sesuatu yang tidak pun dilakukan di negeri2 di bawah PR.
  6. Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri yang ditadbir PR. Cubaan untuk menyekat peluang kontraktor bumiputera untuk mendapat peluang kontrak2 pihak berkuasa tempatan. Sudahlah mereka tidak berpeluang untuk memasuki tender dengan syarikat2 milikan bukan Melayu.

Sumber klik sini.

Buat pengundi2 di Pahang jangan mudah tertipu!!!

1 comment:

  1. Biasalah gula2 politik.. Gula ni bahaya kalau makan banyak nanti boleh kena kencing manis.. So pada rakyat Pahang fikir2kan lah jgn terpedaya mcm rakyat kat Selangor, Kedah, Penang & Kelantan k..

    Kerajaan sekarang dah cukup bagus utk ditukar.. Mcm langit dgn bumi dibandingkan dgn PR..

    Kepada org Melayu, ingat inilah satu2nya tanah air kita.. kalau terlepas kat PR terutamanya PKR & DAP.. menangis darah pun dah x berguna..

    Anak cucu kita akan merempat di tanah air sendiri..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3