bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Dec 2012

Piala AFF - Harimau Malaya Bakal Tempang Malam Esok???

Petaling Jaya: Sesi latihan skuad Harimau Malaya, petang semalam tampak lebih menumpukan formasi kemungkinan berdepan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini, tanpa lima tonggak utama.

Ini berikutan kecederaan dialami kelima-lima pemain terbabit - Safee Sali, Wan Zack Haikal Wan Nor, S Kunanlan, Shakir Shaari dan Khyril Muhymeen Zambri, masih belum pulih. 



Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal mengesahkan Wan Zack Haikal bakal terlepas kedua-dua aksi separuh akhir manakala Shakir hanya boleh diturunkan pada separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis depan.

“Kecederaan Wan Zack agak teruk apabila hasil ujian imbasan menunjukkan terdapat koyak pada otot pahanya.

“Dia akan terlepas kedua-dua perlawanan dan saya terpaksa lakukan sesuatu sama ada tukar pemain lain kerana Singapura pun cuba menukar Hariss Harun yang retak tulang fibula.

“Shakir pula tidak sempat pulih untuk separuh akhir pertama manakala Khyril dan Safee masih mengadu kesakitan, mungkin hanya boleh diletakkan di bangku simpanan, Ahad ini. Cuma Kunanlan nampak agak okey. 

“Jadi saya minta pemain simpanan perlu memiliki mentaliti bersedia diturunkan. Kita tidak pernah hadapi situasi sehingga lima pemain cedera seperti ini,” kata Rajagobal selepas latihan, petang semalam. Pada latihan itu Rajagobal dilihat cuba meletakkan Bunyamin Umar di posisi bek kiri kerana Mahalli Jasuli mengisi posisi bek kanan.

Posisi sayap kanan pula diisi Azammuddin Akil dan sayap kiri, Baddrol Bakhtiar manakala dua pemain tengah - Amar Rohidan dan Gary Steven Robbat dikekalkan, selain Safiq Rahim diletakkan di belakang penyerang tunggal, Norshahrul Idlan Talaha.

Memang perlawanan Ahad ini agak sukar kerana ramai tonggak mungkin tiada dalam kesebelasan utama. 

Harap keputusan positif berjaya diraih pada separuh akhir pertama ini. Kalau boleh menang kerana kita jadikan bekalan ke Bangkok nanti, kata pengendali berusia 56 tahun itu. 


Komen Isac;

Di sinilah nantinya eksperimen Dato' K. Raja Gopal bakal teruji.

Sewajarnya pemain2 skuad simpanan boleh menunjukkan "belang" mereka dan sebab mereka terpilih di dalam skuad 22 pemain.

Buat semua rakyaat Malaysia, doa dan sokongan kamu semua ditagih!!!

Lupakan soal politik dan kita perlu bersatu memberikan sokongan dan doa kepada pasukan Harimau Malaya!!!

"Selamanya Harimau Malaya!!!"

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3