bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 Jul 2010

Suara Keadilan Tetap Diterbitkan Walaupun Permit Telah Tamat/Terbatal!! Apa Tindakan KDN???

PKR Cabar KDN, Terbit Suara Keadilan Tanpa Permit

PETALING JAYA: Akhbar Rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan terus mencabar undang-undang dengan menerbit dan mengedarkan edisi terbarunya ke seluruh negara sejak semalam walaupun permitnya sudah tamat tempoh.

Malah Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, pihaknya mahu melihat tindakan yang bakal diambil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perkara berkenaan.

"Sejak petang semalam lagi Suara Keadilan sudah keluar (terbit), malah kita dah edar ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

"Kita tunggu saja nanti apa KDN boleh buat," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.
KDN sebelum ini memutuskan permit penerbitan akhbar Suara Keadilan yang tamat 30 Jun lalu tidak diperbaharui mengikut Seksyen 5(1) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Suara Keadilan pada keluaran bertarikh 22 hingga 26 Jun lalu telah menyiarkan berita utama muka depan bertajuk Felda Bangkrap dan empat lagi artikel dalam keluaran sama.

Ekoran itu, kerajaan telah memutuskan untuk menyaman Suara Keadilan sebanyak RM200 juta. Ditanya sama ada PKR sedia menghadapi tindakan undang-undang berhubung tindakan menerbitkan akhbar tanpa permit, Syed Husin berkata: "Tak apalah... kita tunggu dulu apa mereka nak buat, tahulah kami nanti."


Dalam masa yang sama "Suara Keadilan Online" telah mengiklankan penerbitannya klik sini.


Akhbar KEADILAN Terbitan Parti Keadilan Rakyat Kini Dalam Pasaran


Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 11 Julai - Seperti yang dijanjikan, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah menerbitkan akhbar tidak berkala berjudul 'KEADILAN' setelah permit penerbitan lidah rasminya, Suara Keadilan tidak diperbaharui Kementerian Dalam Negeri apabila ia tamat sah laku 30 Jun lalu.

Akhbar 24 mukasurat yang diterbitksn di bawah Angkatan Muda KEADILAN itu mula diedarkan ke seluruh negara mulai semalam dan dijangka memenuhi hasrat parti untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai aktiviti serta ulasan isu terkini yang mempunyai kepentingan parti, rakyat dan negara.


Komen Isac;

KDN  perlu menguatkuasakan undang-undang, jangan sampai rakyaat hilang kepercayaan kepada undang-undang negara, Persoalannya adakah Dato" Hishammuddin berani mengambil tindakkan ke atas Suara Keadilan dan PKR???

Atau mungkinkah tujuan PKR sengaja mahu menimbulkan kekecohan dalam isu ini demi untuk mengalihkan perhatian rakyaat daripada isu, Anwar adalah "talibarut" Yahudi???

3 comments:

  1. DIA NK TUNJUKKAN YG DIA TU SAMSENG TULEN BROO. KDN SAJE X NK AMIK TINDAKAN SUPAYA RAKYAT BLH NILAIKAN SENDIRI BETAPA 'SAMSENG'NYE PUAK FUCKATAN YG SENGAJE NK CARI PABLISITI MURAHAN DAN CUBA MENGALIH PANDANGAN RAKYAT TERHADAP KES DIA JEK BROO HUHUHU

    ReplyDelete
  2. Kata Menteri KDN ; kita akan lihatm kita akan panggil mereka kenapa tidak mematuhi arahan yang telah diberikan, kita akan kaji dan teliti dan amaran keras akan dikeluarkan jika terus berdegil dan mengeluarkan edisi mereka.

    ReplyDelete
  3. "Saya memberi amaran keras kepada PKR sekiranya mereka terus berdegil dengan menerbitkan SUARA KEADILAN. kementerian akan mengambil tindakan tegas" Begitu la kut cara menteri amaran yang kdn bercakap....sudah -sudah laa tu hishamuddin oii..kita mau lihat dimana ketegasan KDN tu...tak sudah2 dengan amaran tetapi tindakan susulan takde jugak..cuba tiru menteri yang jaga KDN dahulu..bertindak mengkut apa yang diucapkan..baru laa orang hormat...jangan dok tersengeh je yang lebih.. (BAGI AMARAN PUN SAMBIL TERSENYUM)

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3