bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jul 2010

Soi Lek Kata Anwar Tak Mungkin Jadi PM Walaupun PR Menang PRU 13 - Mungkinkah TG Nik Aziz Berpeluang???

Anwar tak mungkin PM

P36: Kubang Ikan, Kuala Terengganu. Anwar Ibra...Image via Wikipedia
KOTA BHARU – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Sebaliknya, Presiden MCA itu yakin, jawatan tersebut akan disandang pemimpin Pas memandangkan parti itu lebih tersusun organisasinya selain mempunyai jumlah ahli yang besar berbanding parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kalau mereka hendak menyokong PR sehingga menguasai pentadbiran di pusat, mereka jangan begitu yakin bahawa bakal Perdana Menteri daripada PKR.

“Pada hemat kami (jika PR menang), Perdana Menteri akan datang dari Pas kerana parti itu mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh yang lebih besar berbanding parti lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Kelantan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Setiausaha Agung, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pemuda, Dr Wee Ka Siong.

Dalam perkembangan lain, Soi Lek meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya, kelmarin atas tuduhan menipu kerajaan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hampir lapan tahun lalu.

“Kita yakin sistem kehakiman negara akan menegakkan keadilan dan kita serah kepada mahkamah untuk menentukan nasib sesiapa saja dan tidak elok kita buat pelbagai spekulasi yang mungkin tidak berasas disebabkan kita tidak mempunyai maklumat yang lengkap.

“Sebagai seorang pemimpin tertinggi (bekas Presiden MCA) begitu lama bukan hanya Tun Ling sahaja sesiapa pun sedikit sebanyak menjejaskan imej tetapi begitu juga dengan PKR apabila pemimpin agung mereka dituduh di mahkamah ia juga menjejaskan imej parti itu,” katanya.


Komen Isac;


Patutlah TG Nik Aziz beriya-iya mempertahankan DSAI, mungkin beliau juga "teringin" untuk menjawat jawatan tertinggi ahli politik Malaysia sebelum bersara. Memang tak menjadi satu kesalahan malah mungin setiap ahli politik termasuk Karpal dan Lim Kit Siang juga berkongsi cita-cita yang sama...

Yang penulis khwatirkan TG mungkin dah tak mempunyai "kederat" untuk menanggung "beban" tugas sebagai PM nanti... Takut-takut gelaran PM kaki tidur yang sebelum ini ditujukan kepada Paklah akan berpindak kepada TG Nik Aziz pula....
Enhanced by Zemanta

2 comments:

  1. pok nik x layak jadik pm sbb..bahasa malaysianya lemah..kalo cakap kelate nanti ramai yg salah faham..

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Tang nie saya tak setuju keseluruhan dengan Soi Lek. PR ada dana kerana bukankah nuar alat yahudi? Walah yahudi marah, kalau selalu melutut akhirnya dapat juga.Kawan dia bukan sebarang orang. Semuanya orang tua pesara yang pernah pegang kuasa politik dan ikonomi dunia. Media juga hak orang tua nie.
    Yang penting, nuar mesti adakan formula dengan orang tua-tua tu supaya mengikut master plan dia. Pertama mereka perlu bertolak ansur. Beri peluang nuar kecing rakyat malaysia, pemimpin-pemimping-pemimpin, raja-raja, lawyer dan ulamak. Jatuhkan kerdibliti jemaah perundangan, polis dan tentera. Bila dah selesai baru malaysia akan memenuhi kehendak protokol yahudi. Sekurang-kurangnya nuar dah berjaya mempengaruhi Raja, Raja Petra. Dana tetap ada. Kewangan selangor murundum bukan kerana penasihat ikonomi tak boleh tolong salur dana hanya kerana nuar nak tukar khalid pada azmin je. Jadinya, orang tua-tua tu perlu sedar masa dah tak panjang kerana mereka dah tua kalau mereka nak tengok nuar jadi pm.
    Pasal organisasi, walaupun PKR organisasi mengecil tetapi itu adalah kegiatan pembersihan parti. Mereka telah di gantikan dengan pemimpin politik kecewa dengan kerajaan yang pasti berdendam dan akan bersungguh-sungguh menjatuhkan kerajaan. Manakala nuar masih pembekal dana. PR kena hurmat. DAP dah makin kukuh kerana kerajaan selangor beri peluang DAP menjana ikonomi melalui rompakan ikonomi dan budaya rakyat melalui wakil-wakil mereka. Penang dah jangan kata lagi.
    N.ajis tak nak jadi PM. Dia kata nuar lebih sesuai. Dia pun dah letak nuai setanding dengan nabi. Dia lebih suka jadi TPM kerana senang boleh tidur untuk besok pergi ceramah lagi.

    agbr47: Soh Lek pun dah percaya PR boleh menang berdasarkan MCA sudah kalah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3