bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Jul 2010

PKR Dalang Yang Melindungi Raja Petra di London???

Oleh IRMAN HASHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 2 Julai – Gambar Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bersama Raja Petra Kamaruddin di United Kingdom boleh menimbulkan persepsi adakah parti itu terlibat menyembunyikan pengendali portal berita Malaysia Today tersebut daripada pihak berkuasa.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, gambar berkenaan yang disiarkan laman web Malaysia Today, dua hari lalu itu juga boleh dijadikan petunjuk penting bahawa PKR mungkin terlibat melindungi Raja Petra daripada dibawa ke muka pengadilan.

‘‘Bagi saya, (jika betul) ini adalah satu kesalahan kerana menyembunyikan seseorang yang sedang disiasat dan didakwa oleh pihak berkuasa,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu di sini hari ini.

Mukhriz berkata, pada pandangannya, pertemuan tersebut menunjukkan PKR mempunyai kaitan dalam melindungi Raja Petra. ‘‘Semua tahu sikap Raja Petra yang merupakan seorang anarkis dan dia bukan sahaja setakat antikerajaan, malahan tidak boleh menerima sebarang bentuk sistem tidak kira siapa pun yang menerajui negara ini.

‘‘Dulu, dia anti ayah saya (Tun Dr. Mahathir Mohamad) kemudian Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), sekejap anti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) kemudian menyokong pula Anwar. Tak tahulah apa pegangan dia,” ujarnya.

Mukhriz berkata, beliau percaya Raja Petra yang kini dipercayai berada di luar negara mungkin menerima penajaan pihak tertentu.

‘‘Saya tidak ada bukti tapi kita sedia maklum. Bayangkan nak tinggal di pangsapuri di London perlu belanja besar. Raja Petra setahu saya seorang yang hidup sederhana tetapi sekarang tengok keadaannya,’’ kata beliau.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendakwa kehidupan Raja Petra di London mungkin ditaja oleh salah seorang tokoh pemimpin pembangkang.

Sumber polis juga tidak menolak kemungkinan kehidupan Raja Petra di di Gloucester Terrace, Bayswater yang merupakan kawasan elit dibiayai pihak tertentu yang mempunyai konspirasi untuk merosakkan nama baik kerajaan Malaysia.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web Malaysia Today.

2 comments:

  1. SLM BRO..TU LA YG DIORANG CUBA NK SOROK2 DR DLU. SMPI MATI PUN DIORANG X MENGAKU. TP TUHAN TU NAK TUNJUKKAN SEKEJAP JEK >;D

    ReplyDelete
  2. Menyentuh tentang 'dalang' rasanya tidak sah sekarang ni mana mana parti tidak menjadi dalang pada 'somebody' untuk kepentingan diri atau parti.

    Jangan tuding pada PKR sahaja.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3