bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Jul 2010

Najib Bayar Akhbar US Untuk Promosi Negara, Anwar Bayar CNN Untuk Mengampu Yahudi???

PM tabur RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika
http://www.malaysiakini.com/news/138091
Steven Gan
Jul 22, 10
5:33pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington, RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya, hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.


Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.


Komen Isac;

Bayaran RM 50,000.00 ataupun USD 15,000.00 untuk mendapatkan peluang agar  Malaysia "diiklankan" di dada-dada akhbar-akhbar di negara Uncle Sam (Amerika Syarikat) rasanya bukanlah sesuatu yang keterlaluan.

Pendedahan Malaysiakini rasanya lebih kepada "serangan balas' terhadap "pendedahan" oleh media-media perdana bahawa ketua Pembangkang DSAI telah "membayar" stesen tv CNN untuk ditemu-ramah dalam usaha beliau  'memohon maaf" terhadap pemimpin-pemimpin Yahudi di Amerika Syarikat....

Jika seorang PM membayar media Amerika Syarikat untuk mempromosi Malaysia supaya dikenali di seluruh dunia dalam usaha "menjual" negara agar dapat membawa balik pelaboran-pelaboran dan lain-lain peluang untuk faedah rakyaat dan negara. Apa pula yang sedang dipromosi oleh DSAI? Apa faedahnya kepada rakyaat dan negara untuk seorang Ketua Pembangkang memohon maaf kepada pertubuhan-pertubuhan Yahudi?

Apa untungnya kepada rakyaat dan negara jika Anwar menerajui pertubuhan-pertubuhan Yahudi dan mendapat dana dari pertubuhan-pertubuhan tersebut??? Berdasarkan kepada kenyataan bersumpah Dato' Murad bekas pegawai BNM, Anwar pernah membelanjakan USD 5 Juta (wang negara untuk menaikkan imejnya dirinya sendiri di Amerika Syarikat. Lebih menyedihkan syarikat perunding tersebut adalah syarikat milik Yahudi.

6 comments:

  1. "SIRI SELAMATKAN RAKYAT SELANGOR"
    Ceramah isu pasir dan DSAI
    23.07.2010 jam 8.30 malam
    di Dewan Tabika Kemas,
    Jalan Gelama 17/24
    Seksyen 24, Shah Alam

    ReplyDelete
  2. Alamak ..!!! Jauhnya beza .....

    ReplyDelete
  3. Nak iklankan dalam TV kita pun kalau tak silap kena bayar RM30k. Kalau RM50k di US tu kira murah la tu dan manfaatnya adalah untuk negara.

    Jauhlah bandingnya dengan AnuWar yang mencari untung untuk dirinya sendiri itu. Eh ... bukan jauh beza ..... terbalik terus kot. Dalam istilah lain songsanglah tuuuu ....

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..AMERIKA TMPT AL JUBOREE CARI MKN BROO. LUBOK EMAS!. STAKAT RM50,000 CELAH GG DIA JEK. TNGOK JEK HUSAM BLEY SAPOT 4 JUTA NK JATUHKN PAK LAH DLU HUHUHU

    ReplyDelete
  5. takkanlah 50k je...
    takde munasabah langsung....
    lepastu takde pun page yang najib sign agreement...
    aku pun boleh nak tulis agreement camtu, lepastu print, scan letak lam blog cakap ni document perjanjian....
    kalau betul, suruh malaysiakini letak semua page perjanjian tu, baru betul...
    tapi RM50k kat us memang tak logik...

    ReplyDelete
  6. Salam itulah pasal,

    USD 15K kat US, macam kat sini nilai RM 15K jugak apa yang dapat dibeli dengan RM 15K, beli kancil boleh lah...

    Gaji executif kat US pun dah USD 5-6K gaji bos2 dia mungkin USD 80K sebulan, jadi takat USD 15K tu kira celah gigi aje lah...

    Moral of the story, Malaysia kini ni nak "menipupun" agak-agak lah... Ingat semua rakyaat Malaysia ni bodoh macam penyokong2 tegar PR ke?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3