bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Jan 2011

Selangor - Boleh Minum ArakTapi Tak Boleh Bekerja di Kedai Arak???



Sekerat hari dulu, Dr Hasan Ali "bertekak" dengan Ronnie Lieu sampai macam nak keluar Pakatan kerana Ronnie Liu mempertahan permis yang menjual minuman keras di dalam kawasan perumahan majoriti Melayu... 

Kini mereka berdua dilihat bercanggah lagi dengan keputusan MPSJ yang mahu menguat-kuasakan larangan terhadap orang yang beragama Islam bekerja di permis menjual arak...

Tup-tup Khalid berkata beliau akan meminta LZS untuk sama-sama menubuhkan tabung buat mereka yang mahu meninggalkan pekerjaan di permis menjual arak...Klik sini.

Tujuannya nampak baik, walau bagaimanapun pandangan mereka yang pakar dalam selok-belok agama juga wajar dipinta. Secara teori 8 hasnaf yang boleh menerima zakat adalah seperti berikut;

1. Orang Fakir: orang yang amat sengsara hidupnya, tidak mempunyai harta dan tenaga untuk memenuhi penghidupannya.
2. Orang Miskin: orang yang tidak cukup penghidupannya dan dalam keadaan kekurangan.
3. Pengurus Zakat: orang yang diberi tugas untuk mengumpilkan dan membagikan zakat.
4. Muallaf: orang kafir yang ada harapan masuk Islam dan orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah.
5. Memerdekakan Budak: mancakup juga untuk melepaskan Muslim yang ditawan oleh orang-orang kafir.
6. Orang yang berhutang: orang yang berhutang karena untuk kepentingan yang bukan maksiat dan tidak sanggup membayarnya. Adapun orang yang berhutang untuk memelihara persatuan umat Islam dibayar hutangnya itu dengan zakat, walaupun ia mampu membayarnya.
7. Orang yang berjuang di jalan Allah (Sabilillah): Yaitu untuk keperluan pertahanan Islam dan kaum muslimin. Di antara mufassirin ada yang berpendapat bahwa fi sabilillah itu mancakup juga kepentingan-kepentingan umum seperti mendirikan sekolah, rumah sakit dan lain-lain.
8. Orang yang sedang dalam perjalanan (ibnu sabil) yang bukan maksiat mengalami kesengsaraan dalam perjalanannya.


Walaupun mungkin terpaksa mencari kerja lain tidak semestinya mereka tergolong di kalangan 8 hasnaf tersebut...

Lagi satu mengapa perlu di tubuhkan satu tabung lain??? Adakah kerajaan Selangor masih mahu cuba untuk "menyamun" wang zakat???

Jika berada di dalam tabung lain yang dikongsi dengan wang yang ditadbir oleh kerajaan negeri Selangor, ada kemungkinan penyalah-gunaan boleh berlaku!!!

Walau apapun, selain mahu membantu mereka ini meninggalkan pekerjaan yang berunsur subahat,  dalam masa yang sama kerajaan negeri Selangor juga perlu mempastikan agar permis menjual arak di kawasan majoriti Melayu di larang sama sekali. Takut nanti tinggalkan yang subahat sebaliknya menggalakkan yang haram...

2 comments:

  1. makin lame makin pelikla selangor.. bagaimana pulak larangan muslim yg mahu bekrja kat kedai arak.. ada dikuatkuasakan tak?

    kalau macamni lah gamaknya, bidang pekerjaan kat premisni akan jadi lesen utk utk dptkan bantuan dngn alasan dah insaf tapi takde keje lain.

    tapi x heran jugak, alangkan orang minum arak, pakai jubah, register PAS, pegi ceramah PAS dah leh declare dah insaf.. senang betul..

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya tidak perlu bantuan dari tabung zakat atau mana-mana tabung sekalipun. apa yang perlu kerajaan negeri buat ialah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada mereka. itu sebenarnya tanggungjawab kerajaan yang mentadbir bukan dengan menjadikan rakyatnya PEMALAS dan PEMINTA SEDEKAH dan BANTUAN!

    Itu sebab aku bengang dgn penutupan IKYS yang melatih anak negeri yang tidak bernasib baik.

    Cuma IKYS tak ajar macam mana nak jual arak!

    Cuba baca balik entry ini:
    1. IKYS
    Institut Kemahiran Yayasan Selangor

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3