bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

13 Jan 2011

Perginya Seorang "Pejuang Tanpa Nama"!!! Al - Fatihah!!!

Al Fatihah.. Nukilan blog Pendita Kain Singkat

Sahabat blogger kita Allahyarham Sdra Abdul Aziz Baharom 56 tahun telah kembali ke rahmatullah kerana jangkitan kuman paru-paru di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Jenazah akan disemadikan di Felda Keratong, Pahang. Allahyarham adalah blogger Yang Gambi yang aktif dan menyerlah keikhlasan dalam penulisannya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Amin....


Komen Isac;

Pemergiannya adalah suatu kehilangan yang besar.... Beliau adalah di antara rakan blogger yang agak rapat dengan penulis , walaupun hanya di alam "blog"... Selalu meninggalkan komen di blog "bumiyang".

Ingatkan di PRK Tenang akan berkesempatan bersua-muka, rupa-rupanya Allah s.w.t. lebih menyayangi beliau. Semoga sahabat di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin....

1 comment:

  1. Al Fatihah...

    Belasungkawa utk arwah di blog Panglima dengan dimuatkan komen tuan puan para bloggers sekelian.

    terasa sangat sedih walau kita tidak pernah bersua di alam nyata.

    moga Allah mengampunkan dosa beliau atas jasanya mempertahankan Alif Ba Ta.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3