bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Jan 2011

Pakatan Rakyaat Tabur Duit di PRK Tenang???

REZEKI TERPIJAK! Itulah yang diibaratkan segelintir pengguna Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan apabila menemui ribuan wang syiling yang dianggarkan bernilai RM74,000 bertaburan di KM 244 dekat Rembau, Negeri Sembilan, semalam selepas kenderaan membawa wang berkenaan terbalik akibat kemalangan. Orang ramai yang melalui laluan terbabit terutama penunggang serta pembonceng motosikal sanggup membahayakan diri untuk mengutip wang berkenaan di tengah-tengah kesibukan lalu lintas sebelum polis tiba. (berita lanjut) - Foto Owee Ah Chun. Jan 19, 2011 5:01 am


 
Komen Isac;

Tajuk di atas tu sekadar nak menarik perhatian... Penulis sekadar mahu berkongsi gambar dan kejadian di atas dengan pembaca. Kepada mereka yang terlibat apalagi jika mereka orang Islam, wang yang dikutip sepatutnya dikembalikan kepada yang empunya.

Mengambil harta orang lain walaupun yang jatuh berserak seperti itu hukumnya tetap haram. Perlu dipulangkan semula kepada tuannya.

Jika tuan empunyanya tidak diketahui dan tidak dapat dikenal-pasti, adalah lebih molek jika disedekahkan kepada baitumal atau tabung-tabung masjid supaya dapat digunakan untuk kemudahan awam. Mudah-mudahan jika berbuat sebegitu kita akan beroleh pahala dan siempunya juga memperolehi pahala.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3