bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 Jan 2011

Kenali Calon Pas Untuk PRK Tenang.

Normala Sudirman bakal membawa cabaran Pas di PRK Tenang? Diberitakan telah melepaskan jawatan guru apabila namanya disenarai-pendek sebagai calon Pas.

Berusia akhir 30-an. Normala juga merupakan exco Dewan Muslimat PAS pusat. Normala merupakan anak tempatan yang lahir di Labis.


Komen Isac;

Kalau dilihatkan kepada wajahnya yang manis, beliau mungkin seorang guru yang baik, juga, anak, ibu serta isteri yang baik.

Umno/BN juga perlulah meletakkan seorang calon yang bukan sahaja berkalibar, berpendidikan tinggi, beragama, disenangi penduduk, pemimpin yang baik, berwawasan dan membela nasib rakyaat. Calon tersebut juga perlu "nampak baik" dan jauh dari kontroversi yang tidak sihat...

Dalam keadaan sekarang, ini sangat penting kerana jika di takdirkan kecundangpun biarlah kita kalah digelangang dan bukannya diluar (dek peribadi yang buruk).

Ini juga akan memudahkan jentera parti dan para blogger untuk berkempen bagi pihak calon tersebut.



2 comments:

  1. dari wajah dah tahu hatinya,
    tak pandai menipu tak pandai berdusta,
    orangnya warak urusan agama,
    bijak menjaga tata susila.

    semoga Allah memilih dia,
    menjadi pemimpin rakyat jelata,
    yang muak dengan pemimpin durjana,
    dunia akhirat entah kemana.

    dia sedia berkorban kerja,
    demi berjuang pada negara,
    pada pengundi sokonglah dia,
    pasti takkan rugi sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  2. Jom support blog khas untuk PRK TENANG :D http://n5duntenang.blogspot.com/. Oh ya. artikel anda telah disedut ke blog PRK Tenang. :) sebarkan kepada rakan2 anda ya.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3