bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Jan 2011

Cabaran Sokong Pindaan - Agar Khalid Boleh Bermaharaja-lela???

MB Selangor cabar Umno sokong pindaan, buktikan ikhlas pertahan raja

January 08, 2011
SUBANG JAYA, 8 Jan – Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.

Menteri Besar (gambar) merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.

“Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja,” kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.

Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.


Komen Isac;

Mengembalikan kuasa DYMM Paduka Sultan Sultan atau supaya Khalid boleh "bersultan di mata, beraja di hati???"

Boleh melantik siapa sahaja yang beliau suka???

Apa salahnya perlantikkan KSU dibuat oleh SPA yang tidak dipengaruhi oleh agenda politik kepartian???

Bukankan kakitangan awam lebih molek dilantik oleh jabatan awam dan bukannya dari kalangan orang politik???

Jika ini dibenarkan berlaku maka setiap kali kerajaan bertukar, maka semua pegawai kerajaanpun bakal ditukar sekali???

Maka kakitangan awam hanya akan dijawat oleh ahli-ahli parti dan penyokong-penyokong parti yang menang??? Ke mana lah pula majoriti orang-orang Melayu/Bumiputera mahu mencari peluang pekerjaan nanti...

3 comments:

  1. 1. Cabar khalid terima Dato Khusrin dahulu sebagai tanda menjunjung perkenan Duli Tuanku.
    2. Cabar khalid memohon maaf kepada rakyat dan Duli Tuanku Selangor dahulu kerana memutar belitkan titah Duli Tuanku.
    3. Cabar khalid memecat suhaimi kerana mengguris perasaan Duli Tuanku dengan kenyataan-kenyataan yang keterlaluan.
    4. Cabar khalid keluar PKR kerana parti tersebut menolak KETUANAN MELAYU dan resolusi tersebut dibuat di dalam negeri Selangor.

    Selepas itu baru ajak BN pinda perlembagaan untuk kembalikan kuasa Mutlak Sultan!

    Perlantikan pegawai tadbir kerajaan negeri di serahkan kepada SPA untuk memudahkan tugas Sultan membuat pemilihan. Takkan nak suruh Paduka Tuanku baca resume semua orang. lepas tu interview dan baru pilih. Sebab itu tanggungjawab itu diserahkan kepada SPA dan SPA akan mencadangkan beberapa nama yang difikirkan sesuai. Paduka Tuanku BERHAK memperkenankan salah seorang calun atau TIDAK memperkenankan calun-calun tersebut. Sekiranya Paduka Tuanku tidak memperkenankan maka SPA perlu menyediakan beberapa senarai baru untuk diPERKENANKAN oleh Tuanku.

    Seperti juga MB. Parti/kumpulan parti yang memenangi majoriti dalam pilihanraya negeri berhak menghantar nama calun-calun untuk diperkenankan oleh Paduka Tuanku. Sekiranya Tuanku tidak perkenankan (atau berkenan dengan mangkuk-mangkuk ayun tu) maka Tuanku berhak menolak dan parti/kumpulan parti tersebut boleh mencadangkan nama yang baru.

    JADI, SIAPA KATA TUANKU TIADA KUASA?

    Janganlah Bingai macam aku!

    ReplyDelete
  2. salam.. minta jasa baik saudara untuk link kan blog saya di dalam blog saudara..
    www.malaysianutd.blogspot.com
    TQ..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3