bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Jan 2011

Kes Liwat Anwar - Itegriti Karpal Diragui!!! Wajar Letak Jawatan Sebagai Ketua Peguambela!!!

Sapina Karpal sebagai saksi



KUALA LUMPUR 8 Jan. – Perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya peguam bela Anwar, Karpal Singh (gambar) disapina sebagai saksi Pendakwaraya kes itu.

Cadangan supaya Karpal disapina itu dikemukakan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menerusi entri bertajuk Hello, are you Mr. Poo-Singh? dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com/ hari ini.

Zulkifli berkata, sapina itu boleh berlaku sekiranya pihak pendakwa raya memohonnya kepada mahkamah kerana Karpal pernah mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keterlibatan Anwar dalam kes liwat pertamanya pada 1997. 

Selain itu, katanya, Karpal yang juga Pengerusi DAP boleh diambil tindakan menghina Parlimen atau sumpah bohong (perjury) sekiranya dalam keterangannya sebagai saksi nanti, beliau menafikan mempunyai bukti aktiviti liwat Anwar seperti yang didakwanya dalam sidang Dewan Rakyat pada 1997.

“Jika Karpal menyatakan beliau mempunyai bukti dan keterangan bahawa memang Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat seperti yang didakwanya di dalam Parlimen itu, maka kita perlu mempersoalkan mengapa Karpal Singh mahu terus menjadi peguam membela Anwar?

“Adakah beliau mempunyai agenda politik yang jahat, atau ada sebab-sebab lain? Wallahua’lam, tepuk dada tanyalah kepala otak sendiri!,” katanya.


Komen Isac;

Karpal perlu disiasat, jangan sampai undang-undang negara dilihat sebagai suatu "lawak jenaka" boleh dipermainkan oleh pengamal undang-undang, boleh dipermainkan oleh orang politik seperti Karpal!!!

Karpal adalah di antara orang pertama yang mendakwa DSAI sebagai peliwat, bahkan beliau pernah mendakwa perkara tersebut di dewan rakyaat dan juga di perhimpunan awam!!! Jestru beliau perlu bertanggung-jawab!!! Sekiranya dakwaan tersebut palsu beliau harus meletak jawatan kerana undang-undang dan politik Malaysia telah tercemar oleh tingkah-laku beliau.

Jika dakwaan beliau benar, beliau juga perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyaat dan juga sebagai ketua peguambela DSAI kerana adalah tidak wajar membela orang yang memang bersalah...

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3