bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Dec 2010

Melayu Mudah Lupa... Dulu LKY... Kini Anak-beranak Lim Pula "Tipu" Melayu

Nyata pendirian

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pemimpin anak beranak DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dicabar menyatakan pendirian terkini berhubung pendedahan Karpal Singh di Dewan Rakyat pada 2007 bahawa Anwar Ibrahim adalah orang yang tidak bermoral.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mempersoalkan adakah pendirian mereka sudah berubah sedangkan Lee Kuan Yew telah menceritakan tentang 'bukti teknikal' yang dimiliki Bahagian Risikan Singapura selain kepercayaannya bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam kegiatan liwat dan homoseks.

"Jika mereka berpendirian sebagaimana idola mereka Kuan Yew, mengapakah mereka masih bersekongkol dengan Anwar.
"Apakah mereka sekadar mempergunakan kelemahan Anwar itu untuk kepentingan politik cauvinis dan sempit mereka," katanya dalam entri terbaru bertajuk Lagak Hipokritus! yang disiarkan laman blognya http://www.zul4kulim.blogspot.com/.

Zulkifli turut menitipkan pesanan kepada Anwar supaya merenung pesanan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 22 bahawa golongan kafir tidak akan reda selama-lamanya selagi kita tidak mengikut cara mereka.

Beliau mengingatkan Anwar bahawa Karpal adalah orang yang pertama mendedahkan dakwaan kegiatan songsang itu di Parlimen pada 22 Oktober 2007.

Katanya, Anwar juga tentu tahu bahawa Karpal telah berucap di Hotel Federal mendedahkan perkara itu selain menasihatkan Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berhubung aduan berkaitan dakwaan liwat.

"Karpallah orang yang memaklumkan kisah homoseks dan liwat kamu kepada pimpinan Pas masa itu sehingga mereka melabel kamu 'al Juburi' dan 'pak janggut' itu jugalah kononnya yang mendokong dan menyokong kamu sekarang.

"Orang itulah juga sekarang yang kamu ambil untuk menjadi peguam membela kamu dalam menghadapi pertuduhan liwat terhadap Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) sekarang yang bertangguhan tanpa sebarang kesudahan!

"Perlukah saya sebut lebih panjang lagi wahai Anwar Ibrahim? Bertaubatlah Anwar sebelum pintu taubat ditutup buat kamu selama-lamanya," katanya.

Mengakhiri tulisannya itu, Zulkifli membuat nota bahawa beliau tidak sesekali bermaksud untuk menuduh Anwar mengamalkan budaya songsang itu.

Sebaliknya, kata beliau, perkara itu biarlah Allah yang menentukan dan beliau sekadar mendedahkan apa yang disebut oleh kepimpinan DAP supaya rakyat membuka mata dengan politik dua alam mereka.

"Apa yang ingin teman dedahkan ialah sikap bermuka-muka dan hipokrit yang diamal oleh kepimpinan DAP mengenai isu Anwar yang begitu jelas buktinya," katanya.

Sementara itu, Zulkifli turut membidas tindakan Guan Eng yang mengancam untuk menyaman media yang mengkritik beliau yang diibaratkan saling tidak tumpah dengan perangai mentornya, Lee Kuan Yew.

Zulkifli turut mempersoalkan adakah umat Islam dan bangsa Melayu akan takut dan gentar dengan ugutan saman oleh Guan Eng itu.

"Satu Muslim kamu saman, ratusan ribu Muslim akan bangkit menentang kamu!

"Satu Melayu kamu heret ke mahkamah, berjuta Melayu akan mengheret kamu ke muka pengadilan umat nanti," katanya.



Komen Isac;

Dalam politik yang tidak berteraskan kepada  Islam sebenar  matlamat menghalalkan cara!!!  Sebab itulah tidak hairan jika dahulu DAP yang mula-mula menuduh DSAI sebagai peliwat dan pengamal homoseks, kini mereka yang menjadi pendokong kuat beliau...

Sebab apa??? Pastinya mereka bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan "Gay" tetapi pastinya mempunyai hajat yang "tersirat".... Melayu/bumiputera perlu membuka minda!!!!

Maka tidak lah hairan juga  mengapa kini mereka yang berserban dan berjubah menjadi pengamal fitnah dan menghamburkan kata-nista daan caci-maki demi kuasa....

1 comment:

  1. Saya telah pautkan entry ini ke blog saya. TQ
    Teruskan perjuangan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3