bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Dec 2010

Walaupun Banyak Peluang, Tetapi Bukan Mudah Rupanya....

Maaf kerana tidak dapat meng"update" blog dengan baik sejak beberapa minggu kebelakangan ini...


Bukan mudah.... Dalam kesibukkan bekerja... Mahu meng"update" blog beberapa kali sehari.... 

Sebab itulah sebenarnya ada di antara "posting" terbabit sebenarnya telah penulis buat terlebih dahulu  dan di"postingkan" secara berjadual...

Ini merupakan antara waktu yang paling sibuk buat penulis kerana beberapa hari yang lepas penulis menjalani perperiksaan semester. Semester pertama buat penulis yang menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.

Walaupun agak mencabar kerana sibuk dengan kerja, berblog dan belajar, mudah-mudahan penulis mempunyai kekuatan untuk meneruskan ketiga-tiga aktiviti ini...

Kerja adalah amanah di dalam menjana pendapatan sebagai ketua keluarga... Berblog adalah perjuangan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Sementara belajar adalah untuk menambah ilmu dan mendapat tambahan segulung lagi ijazah...

Kepada kawan-kawan dan pembaca-pembaca budiman, sambunglah belajar jika ada kelapangan dan kesungguhan...

Kini terlalu banyak universiti untuk kita menyambung pelajaran... Rebutlah peluang tersebut... UITM. USM, UM, UKM, UPM, OUM dan lain-lain.... Boleh dibuat secara separuh masa, bahkan ada di antaranya (terutamanya kolej/universiti swasta) boleh dilakukan secara online.

Tentang yuran... Boleh keluarkan duit EPF... Jika kolej/universiti swasta mahal!!! Masuklah ke institusi-institusi awam....

Mudah-mudahan akan lebih ramai di antara kita yang mengambil peluang ini untuk memiliki ijazah di peringkat yang lebih tinggi!!!

Antara kriteria untuk menjadi negara maju ialah rakyaat sesebuah negara itu perlu mempunyai ijazah Phd. untuk sekian peratusan, jika saudara berkebolehan maka lakukanlah... Ia juga akan menjadi sumbangan saudara buat negara....Berjuang tidak semestinya perlu menyingsing lengan dan memegang senjata. Selamat maju jaya!!!

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3