bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Dec 2010

Anwar Ibrahim "In The Making" ???

Protes naik harga, tiga siswa ditahan
Abdul Rahim Sabri & Lee Way Loon
Dis 10, 10
2:30pm
Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.
Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.
student protest arrest 
Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.

students protest against price hike in putrajaya another arrestBagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.
students protest against price hike in putrajaya pm's department
Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri kini ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditahan di hadapan IPD Putrajaya.

Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Mstudents protest against price hike in putrajaya policeemorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Komen Isac;

Apa faedahnya demonstrasi tersebut bagi mereka dan rakyaat Malaysia??? Adakah kenaikkan tersebut terlalu membebankan rakyaat??? Ataupun mereka sekadar mahu "mencari nama"???

Walaupun penulis banyak tidak sependapat dengan DSAI (dulu beliau adalah idola penulis) tetapi kebolehannya berpidato dan mempengaruhi orang ramai sememangnya penulis "respect".

Bayangkan pengganas komunis yang duduk dalam hutan tu pun boleh terpedaya dengan beliau semasa peristiwa Baling!!! Pengganas Komunis keluar hutan kononnya mahu membantu penduduk Baling yang kebuluran dan perlukan bantuan perubatan....

Dah macam tentera pengaman PBB pulak.... Itulah antara bukti bagaimana DSAI mampu mempengaruhi fikiran khalayak....

Malangnya kelebihan dan kepintaran yang beliau ada digunakan untuk kepentingan diri sendiri... Ini budak-budak universiti ni pulak dah mengikut jejak langkah beliau....

5 comments:

  1. SALAM, BRO YANG BANTAH TU PUN TAK PERNAH BELI BARANG DAPUR PUN, MASUK UNIVERSITI PUN KERAJAAN TANGUNG SAMPAI BUNTAL. TUJUAN DEMOSTRASI SEMUANYA DALAM POKET RAKYAT LA, JANGAN TIDAK NAK BURUKKAN SUASANA DAN NAMA BAIK KERAJAAN BN. PIIIIRRRRAHHHHH

    ReplyDelete
  2. persepsi umum adalah kerajaan tidak berhemah dalam membelanjakan wang negara.ini dapat dilihat melalui beberapa projek kebelakangan ini yang dilihat membazir dan tidak perlu.jika amalan sebegini diteruskan saya percaya tindakan menentangnya akan diterjemahkan dalam pru13 nanti.

    ReplyDelete
  3. Kalau mereka itu Islam, patut diberi tazkirah oleh ustaz supaya kembali kepada ajaran Islam dan jangan berdemonstrasi menyusahkan orang ramai.

    Kalau mereka itu bukan Islam, patut panggil cikgu pendidikan moral untuk beri pendidikan moral kepada mereka.

    Tidakpun hantar mereka ke BTN.

    ReplyDelete
  4. Salam ISAC,

    Saya rasalah bro...sekiranya kerajaan melalui kementerian penerangan giat memberi penerangan tanpa bermusim kepada semua rakyat Malaysia mengenai isu kenapa, mengapa subsidi barangan perlu ditarik balik yang akhirnya menyebabkan harga barangan yg terbabit meningkat besar kemungkinan rakyat termasuk para pelajar dapat terima dan memahaminya tetapi malangnya apa yang saya tengok, bila kerajaan umumkan harga barang naik yang ada beri penerangan cumalah kementerian Ismail Sabri Yaakob saja itupun sekejap dan lepas tu senyap. Kementerian Penerangan pulak sibuk dengan pesta2...aduhai!!!

    ReplyDelete
  5. Masa era reformasi dulu budak-budak unisel to kencing berak dia orang mak bapak dia yang bersihkan lagi...semua kawan rapat anwar dah lari lintang pukang dah kena kencing dengan anwar . bebudak unisel tahu ke kisoh mereka yang meninggalkan anwar....Jangan nak sokong membabi buta kelak kena kencing lagi...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3