bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

10 Dec 2010

PKR Menafikan Hak Rakyaat Untuk Bersuara???


Darul Ehsan Today sini melaporkan:

Ucapan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim pada satu Majlis Persidangan Agung Perwakilan Kesatuan Penghulu/Penggawa Semenanjung Malaysia di Shah Alam pagi tadi, bersama Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini disambut dengan cemuhan dan pekikan 'boo' oleh sebilangan para hadirin.


Hadirin yang datang lebih kurang 1,000 orang pemimpin setempat itu bertindak demikian apabila ucapan Khalid (Pembetulan: Yang dibaca Yaacob Sapari) mula menyentuh mengenai isu pembahagian peruntukan yang sama rata kepada wakil rakyat di negeri yang dikuasai Pakatan.

Beberapa orang hadirin memekik "sudahlah" dan "ini bukan Mesyuarat Pakatan Rakyat" apabila isu berkenaan dibangkitkan.

Ketika berucap, Muhyiddin memperli Khalid dan kerajaan negeri Selangor dengan mengatakan, "Negeri Selangor tidak lagi perlu dibantu kerana sudah menjadi negeri maju. Selangor dah maju, tak payah tolong pun tak apa" sambil mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin.

Reaksi Yaacob Sapari seperti terkandung dalam laporan Selangorkini sini ialah untuk menyalahkan UMNO Selangor. Cepat sangat menuding jari. Kamera yang merakam Khalid itu masih UMNO jugakah?
Sumber blog "unspinners" klik sini.


Komen Isac;

Adakah bagi PKR dan Pakatan Rakyaat, orang-orang Umno/BN bukan rakyaat negara ini???

Jika nak dibandingkan dengan DSN, beliau menyeru agar semua rakyaat dilayan sama-rata tidak mengira fahaman politik!!!

Begitulah halnya dengan wang ikhsan yang diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kedah dan Perlis baru-baru ini.

Inilah kononnya keadilan yang diperjuangkan oleh PKR dan Pakatan Rakyaat!!! Keadilan berat sebelah!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3