bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Dec 2010

Penjaga Gol Skuad Harimau Malaysia, Khairul Fahmi Jejaka Idaman Malaya???

Penjaga Gol Skuad Malaysia, Khairul Fahmi ke-5 tertinggi di rangkaian Twitter Dunia!!!2010/12/30

KUALA LUMPUR: Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan ''Support Timnas'', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.

Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia. Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula. Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan. "Terima kasih kerana mengembalikan ''keseksian'' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu.



Komen Isac;

Tidak dapat dinafikan beliau adalah di antara watak utama dalam skuad yang memenangi Piala Suzuki (AFF) ini. Mungkin berita baik buat gadis-gadis Malaysia kerana bukan setakat Khairul sahaja yang masih bujang, bahkan selain dari Safi, Norshahrul dan Amri (ini tiga orang dah berkahwin) yang lain mungkin masih lagi "available"....Maklum skuad Harimau Muda...

Suatu penantian yang betul-betul berbaloi kerana kejayaan ini dilakukan oleh 100% olehanak tempatan!!!

Lebih menarik Ferdinand iaitu pemain bolasepak Manchester United juga memberikan ucapan tahniah dan pujian kepada skuad Malaysia.
Klik sini.

4 comments:

  1. Norshahrul dah kahwin daaaa

    ReplyDelete
  2. Salam Anon,

    Bacalah betul2 da....

    Selain Safi, Norshahrul dan Amri dah kahwin yang lain mungkin masih belum berpunya...

    ReplyDelete
  3. namun yg pasti kembar N9 yg kecoh dgn artis tu tak temasuk senarai kejayaan..

    ReplyDelete
  4. tapi lepas ni, tak payah la yang lain tu dok sibuk kawin dengan artis pulak... nanti org suh main bola dia dok ingat nak main bola dia jer... hahaha

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3