bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

1 Dec 2010

Survival Politik Anwar Lebih Penting Daripada Nasib Melayu/Bumiputera dan Negara???

'Ketuanan Melayu untuk kaburkan Ketuanan Anwar'
Dis 1, 10 10:12am


Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu.


"Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. 'Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan 'Ketuanan Anwar'. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya.

Shamsul mengulas kenyataan presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lalu.

Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.

Komen Isac;

Itukah motif Anwar yang sebenar??? Kepentingan diri adalah yang paling utama? Persetan dengan bangsa!!! Persetan dengan agama dan negara!!! Asalkan cita-cita peribadi tercapai???

1 comment:

  1. Ketuanan Melayu sesuatu yang wujud tanpa di megah2 atau bertujuan menakut2kan sesiapa.
    Dlm awal 50an ketika saya masih kecil saya teringat moyang saya dan beberapa datuk lembaga menyebut2 tentang bumi Melayu,adat melayu, budaya melayu serta ketuanan Melayu.
    Melayu sabagai tuan kepada bumi Melayu ini pasti sentiasa menjaga sopan,adat,budaya serta budi bahasa Melayu. Melayu mesti memelihara kaum sendiri dan turut juga melindungi sesiapa yang masuk dan menduduki bumi ini. Asalkan mereka tidak menimbulkan permasaalahan di bumi ini.
    Orang Melayu bersifat sederhana, murah hati. Tanah diberi begitu sahaja kepada orang asing. Duduklah,bercucuk tanamlah, terokalah.
    Melayu lebeh berperanan sabagai abang, bapak, penghulu kpd. orang2 asing ini. Ketua2 kanan Melayu di hormati sabagai tuan. Terutamanya Yg Di Pertuan Besar, undang2 Luak dll.
    Ini tidak bermaana semua Melayu itu tuan. Ketika
    itu pendatang Inggeris di panggil tuan, cina kaya di panggil tuan, pegawai2 pentadbir dari India dan Ceylon juga di panggil tuan.
    Hanya tidak melebehi ketuanan Raja2.
    Raja2 Melayu tak pernah sombong dgn kuasa ketuanan mereka.
    Perkara ini di putar belitkan oleh ahli2 politik
    yang gila dan gairah kpd kuasa dan kebendaan. mereka yg melaga2kan kita. Mereka yg memperbodoh2kan kita.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3