bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Dec 2010

DSAI Dilarang Memasuki Selangor???

GAPS mahu Sultan haramkan Anwar masuk Selangor

TERKINI @ 04:56:20 PM 03-12-2010
December 03, 2010
http://m.themalaysianinsider.com/home.php

SHAH ALAM, 3 Dis — Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mahu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim — diharamkan daripada memasuki negeri itu kerana menolak konsep “Ketuanan Melayu”.

Pengerusi GAPS Hamidzun Khairuddin berkata, memorandum yang diserahkan kepada Sultan Selangor itu juga mengandungi 30 perkara penyelewengan yang didakwa berlaku di Selangor.

Perkara yang membabitkan “Ketuanan Melayu” adalah agenda utama dalam memorandum tersebut.

Selain Hamidzun, beberapa pemimpin NGO termasuk Majlis Pimpinan Belia Selangor, Perkasa dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) turut hadir menyerahkan memorandum tersebut kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Seramai 200 penyokong hadir untuk memberikan sokongan kepada GAPS, polis bagaimanapun hanya membenarkan 10 pemimpin untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil Istana Kayangan.

Memorandum itu diterima wakil Istana Kayangan iaitu Ahmad Ramli.

Dalam memorandum itu, Hamidzun berkata pihaknya mahu supaya Sultan Selangor menasihati kerajaan negeri agar jawatan penasihat ekonomi yang dipegang Anwar.

“Anwar sebagai pemimpin utama parti politik mencanangkan agar perkataan ‘Melayu’ digadaikan dalam perjuangan politik. Harus dilucutkan jawatan beliau sebagai penasihat ekonomi Selangor.

“Selain itu, GAPS mahu Anwar diharamkan dari menjejakkan kaki ke bumi Selangor, beliau merupakan virus yang menjadi dalang yang menyemai kebencian dan cemburu sesetengah pihak terhadap kemajuan dan perpaduan orang Melayu,” katanya selepas menyerahkan memorandum itu.

Dalam demonstrasi itu, penyokong turut mempamerkan kain rentang yang tertulis “Ketuanan Melayu atau Ketuanan Anwar” dan “Selamatkan Selangor, Pertahankan Putrajaya”.

Arman Azha (tengah) mengetuai GAPS dalam demonstrasi tersebut - gambar  Jack Ooi.


Komen Isac;

Apa pula yang akan dicanang oleh DSAI di luar negara nanti, jika beliau benar-benar dilarang memasuki negeri Selangor???

1 comment:

  1. Bro..
    Terpaksalah ganti penasihat kewangan.... negeri selangorrrr

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3