bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Dec 2010

TG Nik Aziz Dermakan Wang Simpanan Tanda Syukur Tuduhan Rasuah Ditutup???

http://m.themalaysianinsider.com/home.php

KOTA BAHARU, 16 Dis — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menimbulkan masalah kepada pentadbiran PAS Kelantan diterajuinya.

“Soal menantu saya nak ambil tindakan itu dia punya pasal. Saya tidak bercadang nak ambil apa-apa tindakan balas, cukuplah mereka insaf dan kesal dengan perbuatan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil semalam bahawa SPRM menutup kes melibatkan beliau dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan. — Bernama


Komen Isac;

Menderma tu memang bagus... Tetapi daripada didermakan kepada Pas, rasanya lebih baik didermakan untuk membina masjid, surau ataupun membantu golongan pelajar, miskin dan fakir...

Pas sekarangpun dah tidak lagi memperjuangkan undang-undang Hudut dan negara Islam... Kedudukan kaum Melayu/Islam juga dilihat terancam kerana sokongan Pas kepada DAP....

Tambahan pula, strategi pilihanraya Pas juga tidak Islamik... Dicampuri pula dengan kegiatan memfitnah, caci-maki, kata- nista dan umpat-keji... Matlamat menghalalkan cara... Matlamatnya pun sekarang sudah semakin pudar...

Takut-takut derma untuk parti yang sebegitu akan hanya menjadi saham ke Neraka....

3 comments:

  1. Itu bukan derma, pulang balik duit rakyat, selepas insaf dan bertaubat. Alhamdulilah lah Nik Aziz dapat petunjuk setelah balik dari mekah. Nik Aziz dah pulang balik duit PAS. PAS bila lagi nak pulang balik duit tabung Memali dan KOHILAL

    ReplyDelete
  2. apabila kita tingkat usia
    macam-macam musibah timpa
    dahshat lagi dicerca merba
    ngaku ulama bukan lesen kata

    ReplyDelete
  3. korang pun dapat juga saham ke neraka...dok mengata orang je...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3