bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 Feb 2010

UMNO Beri Jaminan Bantu Pelajar UITM Terlibat Nahas.


15/02/2010 7:02pm


KLANG 15 Feb. – UMNO Selangor akan memberi bantuan kepada seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) yang terlibat dalam satu kemalangan dipercayai dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan di Seksyen 7, Shah Alam, 7 Februari lalu.



Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, bantuan itu akan diberikan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa kepada Mohamad Bakri Mohd. Bazli, 23, yang hanya bekerja sebagai peniaga kedai kopi di Kota Bharu, Kelantan.



Katanya, bentuk bantuan akan diputuskan selepas perbincangan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar.



"Alhamdulillah, keadaan Mohamad Bakri hari ini bertambah baik. Dia telah pun sedar daripada koma dan sudah boleh bercakap sedikit-sedikit,” kata Abdul Shukor kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini hari ini.



Dalam kejadian pukul 11.50 malam itu, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang memandu kereta jenis Nissan X-Trail telah melanggar Mohamad Bakri yang menunggang motosikal jenis Yamaha SRE.



Kemalangan di Persiaran Kayangan dan Persiaran Institut di Seksyen 7, Shah Alam itu telah mengakibatkan penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah itu cedera parah di bahagian kepala dan terlantar koma di HTAR. – Bernama

Komen Isac;

Alhamdulillah...semoga nasib Bakri terbela....Harapan penulis agar Umno Selangor juga dapat membantu untuk mengenal-pasti siapakah yang yang bersalah di dalam kes ini. Jika YB Ng Suee Lim benar-benar bersalah, bawalah dia ke muka pengadilan dan semoga dia akan mendapat balasan yang setimpal. Paling tidak YB Ng sepatutnya perlu menanggung segala kos perubatan saudara Bakri, segala kerugian yang dialami disebabkan oleh kemalangan tersebut termasuklah yuran penangguhan pembelajaran dan lain-lain kos.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3