bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Feb 2010

Tidakkah Kata-kata Ir DS Nizar ini Berbau Hasutan?


Saturday February 6, 2010
Nizar dakwa BN rancang satu lagi ‘rampasan kuasa’
Oleh Clara Chooi

IPOH, Feb 6 — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang pagi ini memulakan “ekspedisi demokrasi” di Perak untuk mengingatkan rakyat tentang rampasan kuasa yang genap setahun hari ini, mendakwa Barisan Nasional (BN) merancang satu lagi usaha untuk “merampas kuasa”.

Kali ini, menurut beliau, rancangan BN kemungkinan melibatkan usaha bersubahat yang lebih ketara berbanding sebelum ini, membabitkan anggota tentera termasuk polis dan komando.

“Apabila keputusan (mahkamah) keluar 9 Feb ini, Umno akan melancarkan satu lagi rampasan kuasa yang lebih teruk.

“Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Pakatan (Rakyat) tidak memegang kerajaan,” kata beliau pada ucapan majlis sarapan pagi dengan penduduk di Chemor dekat sini.

Kemudian di Sungai Siput, Nizar menjelaskan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau “menjangkakan” tindakan susulan Umno dengan meramalkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan memutuskan kepada kes MB melawan MB Selasa ini.

“Jika keputusan memihak kepada saya, mereka akan meminta (timbalan speaker) Hee Yit Foong agar memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri agar mereka boleh mengemukakan undi tidak percaya ke atas saya sebagai menteri besar,” kata Nizar.

Undi tidak percaya bermakna Nizar akan kehilangan jawatannya sebagai menteri besar memandangkan PR hanya mempunyai 28 kerusi. BN juga mempunyai 28 kerusi tetapi mereka mempunyai sokongan wakil rakyat Bebas, yang merupakan bekas Adun PKR dan DAP. Selain Hee, dua wakil rakyat PKR yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas ialah Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu masing-masing dari Behrang dan Changkat Jering.

Meskipun Hee, dengan mempengerusikan sidang dewan, tidak boleh mengundi, tetapi BN mempunyai kelebihan dengan sokongan Adun Behrang dan Changkat Jering. Nizar juga bertekad tidak akan membenarkan BN mengadakan satu lagi rampasan kuasa di negeri itu. “Mereka akan menggunakan orang-orang mereka untuk menahan Speaker yang sah, V. Sivakumar daripada memasuki dewan,” katanya. The Malaysian Insider difahamkan sekiranya Nizar menang dalam kesnya Selasa ini, Sivakumar secara automatik akan dikembalikan sebagai speaker yang sah.

Ini kerana kesemua acara termasuk majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar dan pelantikan Speaker BN Datuk R. Ganesan, yang berlaku selepas Nizar digulingkan akan dianggap tidak sah. Dalam ceramahnya di Ayer Tawar, Seri Manjung malam tadi, Nizar memberitahu kira-kira 3,000 hadirin bahawa beliau memberi amaran kepada BN agar tidak melakukan perkara-perkara tidak betul. Beliau mengingatkan tentang pendekatan “keganasan” yang digunakan oleh BN ketika sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei dan juga pada 28 Okt lalu. “Mereka berupaya untuk melakukan apa sahaja. Pada 10 Feb atau 11 Feb ini, selepas keputusan mahkamah, BN sekali lagi akan merampas kuasa daripada kami,” katanya.

Komen Isac;
Kalau ianya berbau hasutan, mengapa pihak berkuasa membeiarkan beliau terus-terusan menyebarkan memfitnah dan tohmahan terhadap kerajaan Barisan Nasional? Undang-undang perlu dikuat-kuasakan demi kesejahtaraan rakyaat dan negara.

Dalam kes di Perak MB lawan MB, mengapa Nizar masih mahu bermain politik? Jika beliau menangpun logiknya semestinyalah beliau perlu membubarkan Dewan kerana beliau telah kehilangan mejoriti.... Tetapi perlu diingat, adalah kuasa mutlak Sultan untuk bersetuju atau sebaliknya.

Sidang DUN juga pastinya akan "memecat" DS Ir Nizar dalam undian "tidak percaya" kerana majoriti DUN memihak kepada BN. Mengikut perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak ia adalah sah. Jadi apa salahnya??? Jetru mengapa beliau mahu menghasut rakyat Perak dengan perkara-perkara yang jahat, tohmahan dan fitnah? Jangan nanti sebab tingkah laku buruknya, Pas yang dipersalahkan.

1 comment:

  1. Salam ISAC,

    Jika benar begitu, itu adalah fitnah jelas berbentuk hasutan. Jadi harap KDN memberi perhatian kepada dakwaan Nizar itu. Tak payah buat amaran "saya tidak akan teragak-agak" lagi.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3