bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 Feb 2010

Kes Liwat - Terkini Dari Mahkamah



Liwat II: Saiful mengaku sakit

http://www.malaysiakini.com/news/123749

Feb 5, 10 9:55am


Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Prosiding bermula pada 9.51 pagi dengan Saiful memberi keterangan mengenai sampel-sampel yang diambil daripada badannya.


Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.Selain daripada wartawan, mahkamah hari ini juga penuh dengan perwakilan daripada kedutaan-kedutaan asing.

9.50am: Perbicaraan bermula.


9.57am: Bukti pertama yang dikemukakan oleh Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidenialah calitan kapas yang diambil dari kawasan sekitar dubur tertuduh, Mohd Saiful Azlan Bukhari.


10.07am: Bukti ditunjukkan kepada mahkamah.


10.10am: FRU dan kenderaan polis yang dilengkapi meriam air tiba di perkarangan mahkamah bagi menghadapi kemungkinan demonstrasi oleh penyokong Anwar. Mereka dikatakan akan berarak dari Masjid Wilayah selepas solat Jumaat.


10.30am: Pakaian yang digunakan oleh Saiful ketika didakwa diliwat dikemukakan. Ia termasuk seluar hitam yang menurut Saiful dihadiahkan oleh Anwar. Saiful berkata pakaian berkenaan diserahkan kepada polis dua hari selepas dia diliwat.


10.50am: Menurut Saiful dia memakai seluar dalam berwarna kelabu yang berjenama Levi pada hari kejadian. Seluar dalam itu juga dikemukakan di mahkamah hari ini.


10.51am: Saiful disoal penguamcara Mohd Yusof Zainal Abiden samada doktor di Pusrawi ada bertanyakan mengenai tahap kesakitan yang dialaminya semasa pemeriksaan.


Saiful berkata "Saya rasa sakit...dan beritahunya (doktor) mengenai apa yang berlaku. Dia kemudiannya membuat calitan".


Saiful kemudian ditanya samada dia membuang air besar sebelum pemeriksaan di Hospital KL dua hari selepas pemeriksaan pertama di Hospital Pusrawi Hospital.


Saiful menjawap dia tidak membuang air besar selama dua hari.


11.15am: Mahkamah ditangguhkan untuk lawatan kedua ke Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.


Pada lawatan semalam, mereka tidak meninjau pejabat pengurusan kondo itu di mana rakaman CCTV dibuat.


Berikut senarai bukti yang diambil dari Hospital kuala Lumpur dan dikemukakan pagi tadi:


1. Ujian darah untuk kandungan alkohol.

2. Sampel calitan dari tekak.

3. Sampel calitan dari puting kiri.

4. Sampel calitan dari puting kanan.

5. Sampel calitan badan.6. Sampel calitan dari bahagian dubur.

7. Sampel calitan dari 'meatus coronal sulcus' (berhampiran bahagian kemaluan).

8. Sampel calitan rectal tinggi.9. Sampel calitan rectal rendah.

10. Darah untuk profail DNA.

11. Toksilogi untuk darah.

12. Tiub pelincir jelli 'KY'.

12.02pm: Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan pasukan pendakwaan tiba di Kondominium Desa Damasara.

12.10 pm: Anwar dan pasukan peguamnya pula tiba.

12.47pm: Mereka bersurai selepas melawat kondominium itu. Perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin depan.



Komen Isac;



Penulis akan cuba sebaik mungkin untuk tidak memihak didalam kes ini. Tujuan kita hanyalah satu iaitu mahu mencari kebenaran. Mencari keadilan buat saudara Saiful, seorang masyarakat biasa dan juga keadilan untuk DSAI "anak emas" politik di Malaysia sejak lebih 40 tahun dahulu. Yang jelas salah seorang dari mereka telah berbohong. Untuk mengetahui siapakah di antara keduanya yang berbohong, kita ikuti perbicaraan kes ini dengan teliti.



Untuk pemeriksaan di HKL iaitu dua hari selepas pemeriksaan di Hospital Pusrawi, secara logiknya DNA "peliwat" mungkin juga akan dijumpai daripada palitan kapas di dubur mangsa, kerana mangsa juga tidak membuang air besar dalam tempoh dua hari selepas pemeriksaan di Pusrawi. Jika tidak, selain daripada najis yang keluar berkemungkinan akan menghapuskan DNA tersebut (sekiranya aktiviti liwat benar-benar berlaku), basuhan air (cebukkan) juga berkemungkinan besar akan menghapuskannya.


Jestru itu hasil pemerisaan oleh Hospital Pusrawi adalah sangat "vital"/penting, untuk kes ini sekiranya hasil pemeriksaan di HKL adalah negatif.


Apapun sama-samalah kita ikuti hujahan-hujahan dari kedua-dua pihak.....Mudah-mudahan pihak yang bersalah akan terhukum...amin ya rabbal alamin.








































No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3