bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

9 Feb 2010

Nak Tolak Hakim??? - Perbicaraan Ditangguh Lagi...



Liwat II: Pembelaan cuba lucutkan hakim
Hafiz Yatim
10:27am Feb 8, 2010.


Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi ditangguhkan ke jam 9.30 pagi esok. Penangguhan ini bagi mendengar permohonan peguam utama, Karpal Singh yang memohon Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan itu.

Pihak pembelaan dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim Mohamad Zabidin kerana enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia pada perbicaraan kes itu. Ia dikatakan berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' dalam laporannya tempoh hari yang menjadi pertikaian oleh pihak pembelaan.

Selain itu, sekeping gambar dengan penerangannya juga dijadikan bahan pertelagahan kedua-dua pihak. Perbicaraan yang memasuki hari keempat hari ini sepatutnya bermula dengan pihak pembelaan menyoal balas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pasukan peguam Anwar diketuai oleh Karpal dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, SN Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando dan Mohd Razlan Jalaluddin. Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan itu berlangsung selepas 18 bulan, Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Ogos 2008.

Komen Isac;

Apalah lagi ni....18 bulan tu tak cukup lama ke ? Masih nak tangguhkan lagi kes ini....Adakah Mahkamah dan Hakim itu hanya akan dikira berlaku adil sekiranya mereka menurut kata DSAI dan Pakatan?

Itukah keadilan yang DSAI dan Pakatan maksudkan? Rakyaat yang "celik akal mereka" pasti dapat melihat sandiwara dan muslihat "jahat" mereka ini......Para pembaca bagaimana?


1 comment:

  1. Macam ni ke nak jadi PM Malaysia, tak reti2 bahasa.... dah nyatakan sebelum ini, kalau barisan peguam OKT tak puas hati pasal laporan Utusan Malaysia tu buat sahaja laporan polis dan minta dibicarakan di sesi mahkamah yang lain.

    Sekarang ini, kita nak tengok perbicaraan kes liwat ke atau ke tak puas hati dengan Utusan????

    Kalau begini bakal PM yang digembar-gemburkan oleh penganut Pengencing Rakyat, lebih baik aku undi UMNO selamanya. Bodoh punya AnWAR Al-Juburi dan Kepala Singh King Kong.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3