bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Feb 2010

Pilihanraya Sarawak - Pakatan Rakyaat Malaysia Dah Bersedia BN Macam Mana???


http://www.malaysiakini.com/news/125261
Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak
Hafiz Yatim
Feb 27, 10
1:21pm


Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN. Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.


Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen. Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu - yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.


"PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini," katanya kepada Malaysiakini. Tsunami politik pada 2008 menyaksikan lima negeri di Semenanjung jatuh ke tangan pembangkang serta menafikan BN penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.


Sarawak mempunyai 71 kerusi negeri, dengan 62 daripadanya dikuasai oleh BN. Manakala DAp, Parti Cinta Malaysia yang baru ditubuhkan dan Bebas, menang sembilan kerusi. Pilihan raya umum 2008 telah menyaksikan berlakunya beberapa pertandingan tiga penjuru yang membabitkan parti-parti Pakatan di Sabah dan Sarawak.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh majlis presiden Pakatan pada hari Isnin. Majlis itu, kata beliau, seterusnya akan menumpukan kepada perbincangan mengenai pilihan raya negeri Sarawak, khususnya mengenai strategi pertandingan satu lawan satu, serta memanfaatkan jentera pilihan raya bersama.
Komen Isac;

Pakatan Pembangkang dah bersedia, BN macam mana? Masih lagi enak diulit mimpi? Adakah isu "penggunaan kalimah Allah" oleh agama lain akan memenangkan pakatan pembangkang?

Yang jelas BN perlu bersedia dan mengatur strategi yang ampuh, jangan sesekali mengambil mudah kekuatan lawan. DSN juga mungkin perlu mempertimbangkan kedudukan setiausaha penerangan "goblok" BN... Kalau dilihat dari segi "KPI" di dalam PRK pada tahun lalu, sudah masanya beliau ini digantikan.

Disebabkan oleh tuntutan semasa, media "baru" juga perlu diberikan perhatian. Penulis ingin mengesyurkan agar dilantik satu jawatan kuasa/ketua untuk mengetuai "tentera" media baru ini agar hasrat dan cita-cita kerajaan dapat disalurkan kepada rakyaat dengan berkesan. Ia juga diharap agar dapat menyatupadukan suara blogger yang pada hari ini dilihat ada yang berpuak-puak dan menyerang di antara satu sama-lain.

Jawatankuasa ini juga akan berperanan untuk menyalurkan arahan parti dan peruntukan (sekiranya ada) kepada blogger dengan lebih saksama agar tidak dimanupulasi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Ia juga diharapkan akan menjadi satu saluran untuk para blogger dan rakyaat bawahan (yang tidak mempunyai parti) untuk menyampaikan teguran dan nasihat yang membina kepada pucuk pipinan.


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3