bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Feb 2010

Pas Dah Tak Mahu Bertelagah Dengan Umno -TG Hj Hadi Pula Ajak Berbincang.....



http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/7/mstar_berita/20100207194951&sec=mstar_berita
PAS Sedia Bincang Dengan Umno – Abdul Hadi


KUCHING: PAS sedia untuk berbincang dengan Umno dalam isu-isu yang parti pembangkang tersebut dapat bekerjasama termasuk yang berkaitan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, amalan tersebut telah menjadi dasar PAS, yang berpanjangan secara praktikal dengan kepimpinan parti mengemukakan pandangan serta pendirian mereka terhadap sesuatu isu.


"Kita tidak berperang. Kita berhujah, berdebat dan berbincang namum kita akan tegur kerajaan dalam perkara yang kita tidak bekerjasama," katanya pada sidang media sempena lawatan beliau ke Sarawak untuk meninjau persediaan PAS dalam menghadapi pilihan raya negeri yang akan datang, di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu Umno dan PAS menghentikan pertelagahan mengenai politik, sebaliknya duduk semeja bagi membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam. Mengenai pilihan raya negeri, beliau berkata PAS belum lagi menentukan jumlah kerusi dewan undangan negeri yang bakal ditandingi dan akan berbincang dengan Pakatan Rakyat untuk membuat pembahagian secara strategik. - BERNAMA


Komen Isac;

Sebagai seorang Melayu/Islam penulis melihat perkembangan ini sebagai amat positif. Walaupun pernah ditolak mentah-mentah beberapa kali sebelum ini, tetapi sebagai orang Islam jika kita dihulurkan tangan untuk berdamai, kita wajib menyambutnya.

Sememangnya asas perjuangan blog ini adalah agar umat Islam/Bumiputera di negara ini dapat bersatu-padu. Kaum-kaum lain pula jangan berasa takut kerana apabila kaum umat Islam/Melayu dan Bumiputera bersatu negara ini akan menjadi lebih kukuh dan ianya adalah baik untuk semua kaum. Apabila Melayu/Bumiputera bersatu, ia akan memudahkan hasrat kerajaan untuk menyatukan pula rakyaat Malaysia di bawah Gagasan Satu Malaysia.

Salam perdamaian ini walaupun diterima dengan dada yang terbuka, tetapi Pas sewajarnya perlu membuktikan keikhlasan mereka kerana selama ini mereka telah beberapa kali mengecewakan orang-orang Melayu/Bumiputera yang mengharapkan agar dua parti kaum Melayu ini bersatu setidak-tidaknya di dalam mempertahankan hak dan survival orang-orang Melayu/Bumiputera.

Dipetik dari Utusan Malaysia; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Najib yang juga Presiden Umno berkata, pendirian tegas PAS amat diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat kerana pengalaman sebelum ini membuktikan PAS tidak konsisten dan selalu berdolak-dalik.

"Saya tak tau nak kata apa sebab pendirian dia (Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ni bertukar macam cuaca, ada masa dia setuju, ada masa tak setuju.

"Saya nak tunggu pendirian yang tegas oleh PAS, jadi bila dia bersikap dolak-dalik ni susah nak cerita," katanya pada sidang akhbar di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Baru selepas melakukan tinjauan mesra ke Kampung Baru hari ini.


1 comment:

  1. Macam ini la.... kita buat gaya Tun Dr. Mahathir, kalau benar puak hamPAS mahu duduk berbincang sekali mengenai apa saja isu, elok suruh mereka MENULIS SURAT secara RASMI menyatakan hasrat mereka itu sendiri. Setakat cakap2 mulut sebenarnya tak ada gunanya, bila sampai satu waktu bila pencacai mereka tak mahukan segal bentuk perbincangan atau kerjasama, pemimpin mereka akan pusing 360 darjah dan menyalahkan pihak UMNO kononnya memulakan isu perbincangan atau kerjasama tersebut.

    Kita jangan tertipu buat kali ke-2 tentang pelawaan mereka ini, cukuplah dengan hasrat kerajaan perpaduan yang mula diucapkan oleh Presiden hamPAS sendiri, tetapi akhirnya UMNO yang dipersalahkan kerana kononnya terlalu beria2 mengajak hamPAS bersatu dalam perjuangan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3