bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Feb 2010

Kes Liwat DSAI - Mahkamah Malaysia Memang Tidak Adil???

Foto 1: PEGUAM kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, S N Nair (dua dari kiri) bersama pakar patologi (dari kiri) Dr Brain McDonald dari Sydney, Australia, Prof Madya Dr David Wells dari Melbourne dan Prof Dr C Damodaran dari Chennai, India, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi tadi untuk menghadiri perbicaraan kes liwat yang dihadapi Anwar. - Foto Rosdan Wahid




Komen Isac;



Nasib "Orang Kaya" boleh mengajikan 9 orang peguambela handalan termasuk dua orang Pakar DNA dan seorang Pakar Forensik Luar. Untung jadi orang yang banyak duit ni ya....Kalau orang meskin dan tidak mempunyai penyokong macam kita ni, jangankan 9 peguambela yang handal, nak bayar Karpal Singh seorangpun tak mampu.



Bila dah jadi macam tu tak adalah peluang untuk kita cuba melambat-lambatkan perbicaraan kes sehingga 25 kali. Silap-silap haribulan, tuan pendakwaraya akan mengesyorkan agar kita "dipenjara" sepanjang tempoh perbicaraan kerana ditakuti kita akan "menganggu/mengancam" keselamatan pengadu dan Tuan Hakim pun bersetuju.



Walau apapun dari mana agaknya DSAI ni boleh dapat duit sebanyak itu untuk menanggung semua kos perbelanjaan beliau ya? Itu belum termasuk kos perbicaraan kes liwatnya yang terdahulu. Menurut beliau, dia adalah seorang yang "lurus" dan "jujur", beliau tidak menjalankan amalan "kronisme" dan "rasuah" sebagaimana mentornya iaitu Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri ke Empat (itu dakwaan beliau lah). Tentu sekali gajinya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri selama 10 tahun yang lalu telahpun habis.....Yelah banyak manalah sangat gaji seorang Timbalan Perdana Menteri....



Jikalau berdasarkan pendapatan tersebut tanpa ada perniagaan lain ataupun "sumber-sumber" lain, sepatutnya banglo miliknya di Setia Damansara yang dibinanya dengan kos RM 2 Juta ringgit kira-kira 15 tahun yang lalu (yang ketika itu menjadi isu politik buat DAP) telah lama tergadai. Tetapi apa yang nyata beliau kini mampu untuk memiliki sebuah lagi banglo mewah di Jalan Ipoh.
Foto 2: Banglo Baru DSAI di Jalan Ipoh.


Jadi adakah Mahkamah Malaysia masih lagi tidak adil di dalam menangani kes liwat DSAI? Kalau kepada saya, sememangnya tak adil, sebab memberikan DSAI terlalu banyak ruang berbanding rakyaat biasa. Keadilan cara pembangkang namanya tu....Itupun masih tak berpuas-hati, sampai Tuan Hakimpun dituduhnya "pembohong". Sepatutnya beliau dan Karpal disumbat dahulu ke dalam penjara kerana menghina mahkamah. Kini Mahkamah boleh dituduh sebagai mengamalkan sikap pilih kasih/"double standard" ??? Kalau rakyaat biasa sudah tentu masuk ke "dalam". Tuan Hakim kita ni memang seorang yang penyabar......Maaf Tuan Hakim....Penulis faham bukan mudah untuk membicarakan orang yang pandai bercakap, pandai menghasut dan mempunyai ramai pengikut seperti DSAI ni...Apa sahaja yang kita buat pasti adalah tidak kena bagi mereka, selagi keputusan tidak "memenangkan" mereka.......

2 comments:

  1. Salam 1Malaysia ISAC,

    Saya juga sejak dulu lagi tertanya-tanya tentang hal darimana punca Anwar dapat duit begitu banyak...siap dengan tangguh-tangguh pulak, tentu gaji peguamtaktik beliau dimana gaji mereka pasti terus berjalan macam jarum jam.

    Fikir sajalah, gaji seorang TPM ketika Anwar masih dijawatan itu dulu adalah RM13,650.00 sebulan sebelum ditambah sebanyak RM1,365.00 selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-10 yang kini gaji seorang TPM telah menjadi RM15,015.00 untuk satu bulan.

    Manakala gaji setiap seorang Anggota Dewan Rakyat pada ketika itu untuk satu bulan adalah RM4,890.00 berbanding sekarang RM5,379.00 setelah dinaikkan sedikit RM489.00 pada masa yang sama.

    Selain itu, gaji seorang Ketua Pembangkang di Parlimen pula pada waktu itu adalah RM2,890.00 dan sekarang apabila telah dinaikkan selepas tahun 2000 menjadi RM3,179.00...

    Kalau dicampur-campur ketiga-tiga dari perolehan yang Anwar dapat itupun saya rasa tidak mungkin ianya mampu untuk menampung perbelanjaan yang sudah pasti menuntut banyak keperluan...

    Adakah punca darimana dan bagaimana Anwar dapat menampung semua kos yang digunakan itu akan terus menjadi satu rahsia ?

    ReplyDelete
  2. Biar mahkamah la buat keputusan...yg duk sibuk2 kat sini buat apa?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3