KOPERAL Hamidi Daud dari Unit Peronda Ibu Pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah
melihat kereta polis yang remuk dirempuh lori di Kampung Solok Limau Purut, Alor
Gajah, hari ini. Kejadian itu mengakibatkan anggota Unit Peronda IPD Alor Gajah,
Koperal Rasul Tumin, 47, maut selepas dirempuh lori tersebut ketika cuba menahan
suspek yang melarikan sebuah lori perabot itu. - Foto BERNAMA. May 14, 2012 6:12 pm
Kalau rakyaat biasa pun telah diajar untuk tidak menghormati anggota polis dan malah berani untuk memukul sehingga kelihatan "berniat mahu membunuh" seperti yang kita lihat dalam viedo2 di "BERSIH 3.0" yang lalu. Malah penjenayah juga dibela sementara institusi Polis pula ditekan oleh Pakatan Pembangkang. Apa lagi yang kita mahu harapkan dari pejenayah.
Nampaknya selepas ini kita akan dihidangkan dengan lebih banyak berita2 seperti di atas, kerana masyarakat telah menjadi semakin ganas khususnya penjenayah, kerana ada yang membela mereka.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.