Shabeery Chik Lawat
Mangsa Kemalangan Perlumbaan Drag
PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri
Ahmad Shabeery Chik kini berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan
keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan
Belia 2012 disini, malam tadi.
Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk
empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam
acara tersebut itu.
Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint
19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum
perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan
berada di luar kawasan yang dibenarkan.
Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan,
mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan
perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan.
Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam
kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan
permotoran.
Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq,
20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami
kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan.
Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27,
turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini
berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di
hati.
Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana
pihak dalam kejadian tersebut.
Kesemua keluarga mangsa menganggap kejadian tersebut harus dijadikan iktibar
kepada semua yang terlibat, malah mengakui minat yang mendalam anak-anak mereka
terhadap sukan permotoran itu.
Semoga mereka semua selamat dan cepat sembuh.
Semoga mereka semua selamat dan cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.