PUTRAJAYA 24 Mei - Himpunan
Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung bermula semalam turut mendapat
perhatian rakan-rakan dari Negara luar.
Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato'
Razali Ibrahim, setakat ini seramai 43 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Asing
ke Malaysia telah mengesahkan akan turut hadir meninjau sendiri kemeriahan
penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara.
Malah satu sessi tinjauan mesra akan diadakan
pada 25 Mei ini bermula jam 4 petang.
"Saya akan memastikan mereka kagum dengan
penganjuran acara ini... Mereka boleh menyertai sambutan Hari Belia Negara pada
tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Susu
Sedunia Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia di sini.
Beberapa Negara yang bakal menyertai sessi
tinjauan mesra tersebut yang diantaranya termasuklah dari Negara Perancis,
China, Cuba, Argentina, Jepun, China, Kemboja, Brunei, Indonesia, Algeria dan
Bangladesh.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
turut mensasarkan Festival Jazz Belia Sedunia bakal menjadi salah satu acara
yang mendapat liputan antarabangsa dan dijangka bakal mencipta satu rekod yang
mampu membanggakan segenap masyarakat global.
Festival Jazz
Belia Sedunia dijadual akan diadakan di Dataran Gemilang di sini yang
membariskan beberapa penggiat seni jazz yang dikenali termasuklah Dino Fiumara
Trio (AS), Lektron (Jerman), Cats In Love (Malaysia), Diana Liu (Malaysia),
Morning Smile (Indonesia), 57Kustik (Indonesia), Benjamin Trio (Singapura) dan
Dhruv Band (India).
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.