bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 May 2012

Moga2 Cadangan Kali Ketiga Muzakarah Sejak PRU 12 Akan Menjadi Kenyataan...


Ini merupakan kali ketiga cadangan ini dikemukakan sejak PRU 12 yang lalu. Iaitu Cadangan Muzakarah Umno/Pas.

Sejak PRU 12 yang lalu Umno telah 2 kali mencadangkannya, yang lebih menjurus kepada pembentukkan "Kerajaan Perpaduan" dengan Pas.

Walaupun Presidennya Hj Hadi dan Timbalan Presiden ketika itu iaitu Ustaz Nasha menjurus ke arah mahu bersetuju. Nik dengan lantang telah menemplak mereka berdua dan juga dipercayai antara sebab Ustaz Nasha akhirnya tersingkir daripada jawatannya.

Sekarang Nik Aziz pula pula yang mengusulkannya, walaupun pendekatan beliau ini hanyalah muzakarah, penulis berharap ianya akan menjadi sebagai titik permulaan untuk orang Islam/Melayu bersatu.

Jika kaum Cina dari apa juga parti politik boleh bersatu dalam isu yang melibatkan kepentingan mereka, mengapa pula kita sebagai orang Islam yang secara agamanya bersaudara dan wajib saling bantu-membantu tidak boleh melakukannya???

Semoga kali ini TG Nik Aziz tidak pusing cakap dan dibukakan pintu hatinya oleh Allah s.w.t. amin. 

1 comment:

  1. tak payah dok gatai UMNO. Pas berlakon je tu

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3