Semasa belajar di Universiti Malaya, beliau terlibat secara aktif dalam gerakan pelajar. Beliau pernah memegang jawatan
sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pada tahun
1974. Hisham aktif memperjuangkan isu-isu rakyat dalam arus kebangkitan
mahasiswa. Hisham Rais, merupakan salah seorang pemimpin mahasiswa di zaman era Anwar Ibrahim mengetuai mahasiswa melakukan demonstrasi2 jalanan .
Antara peristiwa penting yang menjadi catitan sejarah ialah perjuangan
mahasiswa untuk setinggan Tasek
Utara yang dirobohkan rumah mereka pada penghujung tahun 1974. Dia ditangkap
dan ditahan reman di Penjara
Air Molek, Melaka. Kemudiannya pada
Disember 1974 berlaku satu demonstrasi besar-besaran anjuran mahasiswa bagi
memperjuangkan nasib petani-petani miskin di Baling kerana kononnya ada antara petani yang mati akibat kelaparan. Bahkan menurut "Zam" pihak Pengganas Komunis juga telah keluar dari hutan kerana kononnya mahu menghulurkan bantuan kepada petani-petani kerana termakan dengan dakyah yang tersebar. Apa yang jelas tiada satupun kematian atas sebab kelaparan yang dilaporkan. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Hussein waktu itu telah
melakukan penangkapan besar-besaran dan Hisham telah melarikan diri keluar
negara.
Isham kemudiannnya mendapat suaka
politik daripada kerajaan Belgium.
Dia mempelajar ibahasa
Perancis di University Catholic of Leuven la Neuve, Belgium pada
tahun 1984. Beliau kemudian belajar seni di Kolej
Brixton, London dan lulus dalam
bidang filem dan video dari Universiti
Westminster, London pada tahun 1992.
Beliau tinggal di kota London kira-kira 15 tahun.
Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1994 dia telah ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) untuk kali pertama selama dua minggu. Antara sebab beliau hanya menjalani tempoh tahanan yang singkat rasanya tak lain dan tak bukan ialah kerana ketua demonstrasi jalanan Mahasiswa pada tahun 1974 iaitu DS Anwar Ibrahim memegang jawatan TPM pada 1994. Selepas mendapat pengampunan dan bekerja sebagai penulis bebas yang aktif dalam penulisan berkaitan politik.
Sebab itulah tidak menghairankan beliau merupakan di antara penggerak demonstrasi jalanan era reformasi antara tahun 1998 to 2000 yang berjuang untuk mebebaskan DS Anwar daripada tuduhan salah guna kuasa dan liwat. .Pada tahun 2001 beliau ditahan selama dua tahun d ibawah ISA.
Melihatkan kepada penglibatan beliau, jiwa gelora anak muda dan pendekatan perjuangannya menentang kerajaan menerusi demonstrasi dan rusuhan sejak dari zaman remaja sehinggalah sekarang, tidak menghairankan apabila beliau sering dikaikan dengan fahaman kiri/Sosialis/komunis.
Jestru apabila beliau cuba mengatakan komunis yang menyertai Bersih 3.0 adalah komunis yang baik, penulis percaya beliau sedang bercerita tentang dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.