bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 May 2012

Pedakwaan Liwat II Wajar Dibicarakan Semula???



Bagaimanakah kita hendak mempercayai bahawa Datuk Yusof Zainal Abiden iaitu bekas Peguamcara Negara II yang sebelum ini merupakan ketua pendakwa dalam kes Liwat II telah menjalankan tugas beliau dengan adil dan tidak membocorkan apa2 rahasia kepada pihak Anwar ketika kes tersebut berlangsung??? 

Jika sebelum ini hampir kesemua peguam beragama Islam yang membela Anwar telah meninggalkan Anwar atas sebab yang hanya Anwar dan mereka tahu, mengapa pula bekas ketua pendakwa boleh berpaling tadah untuk bersengkokol dengan Anwar jika tiada sebab  yang kukuh???

Adakah Datuk Yusof Zainal Abiden sebenarnya memang penyokong kuat Anwar sejak dahulu???

Beliau ahli PKR???

Hanya masa yang akan menentukan.

Jika hubungan diantara penolong pendakwa dengan Saiful dahulu begitu digembar-gembur oleh pembangkang sehingga memohon untuk membuang kes Liwat II tidakkah boleh pertuduhan dijalankan semula kerana ada asas kukuh akan "hubungan baik" di antara Anwar dengan ketua Pendakwa yang telah menyebabkan Anwar terlepas???

8 comments:

  1. hajat Anwar dan pasangannya nak buat gempaq ambik Datuk Yusof sebagai peguambela ...
    malangnya masalah lain pula bakal timbul - "kredibiliti pendakwaraya diragui"
    apakah akan ada ulangbicara kes Saiful ??
    hanya masa akan menentukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ... BUKAN SAHAJA MASA YANG MENENTUKAN, TAPI JUGA KEBERANIAN DAN KESUNGGUHAN SERTA KEIKHLASAN PIHAK JABATAN PEGUAM NEGARA UNTUK JUGA MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT SEPERTI KITA TERHADAP SISTEM KEHAKIMAN NEGARA...

      ... KALAU BENAR ADANYA UNSUR UNSUR YANG TIDAK BETUL, ABDUL GANI PATAIL DAN ORANG ORANGNYA YANG IKHLAS DAN JUJUR PERLU AMBIL TINDAKAN DENGAN SEGERA...

      ... DULU MENDAKWA. SEKARANG MEMBELA PULA. CAMNA NIE?...

      ... ORANG BUTA PUN BOLEH PENING...

      Delete
  2. mereka membuat tipuhelah, & Allah membalas tipuhelah mereka. sesungguhnya Allah adalah sebaik2 pembalas bagi tipuhelah" al-Quran. Umno/bn buat la camne pun, yg jelas terpancar skrg, depa semakin hilang sokongan hari demi hari, semakin ditendang rakyat Malaysia. Inilah yg dikatakan kekuasaan Allah mengatasi sgala kekuasaan. Dgn kuasa Allah, semakin ramai yg sokong Pakatan, sehingga peguam2 dlm pejabat ag sendiri. apa yg saya boleh katakan, bersedialah wahai umno utk dikuburkan x lama lagi, x ada apa2 lagi yg dpt menghalangnya dari berlaku. Allah kata 'kun' (jadilah), maka terjadilah sesuatu itu. Allaaahuakbar!!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan konfiden sangat bai.Aku tengok sebaliknya pulak.Makin hari makin ramai Melayu makin meluat pada pakatan yg bertuankan kafir harbi dap.Pas jadi parti dayus yg sanggup menggadaikan agama untuk secebis kuasa yg belum tentu dan dendam yg tak sudah dengan umno.Pkr pula penuh dengan pemimpin2 yg diragui kebersihannya kalau dilihat dengan kes2 maksiat yg dihadapi oleh pemimpin2 tertingginya yg beserta dengan bukti2nya sekali(rakaman video).

      Jadi apa baiknya pakatan yg bertuankan kafir habi dan pendokong lgbt dan pluralisme agama(anuwar)dengan umno bn?Nak kata bersih dr rasuah,tak jugak.Nak kata tegakkan Islam,jauh sekali,malah pemimpin yg memperjuangkan masalah murtad pun sampai diterajang keluar parti,apa cer?

      Aku penyokong dan pengundi tegar pas pun dah beralih arah menyokong umno.Tak sabar aku nak undi BN untuk kali pertama setelah sekian lama mengundi pas.Tak sanggup aku menyokong parti dayus dan barua kafir harbi macam pas.Haram.

      Delete
  3. Anon 22 May 2012 22:03,

    Saya berpandangan sebaliknya. Mana pergi peguam2 Melayu/Islam yang dahulunya mempertahankan Anwar???

    Takkan hilang sepuluh ganti satu itu tuan katakan sebagai sesuatu yang ditunjukkan Allah s.w.t???

    Fikir2 kanlah.... Lepas satu2 kes salah-laku seks...

    Ingatlah pelanduk selalu melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

    Siapa dipihak yang benar hanya masa yang akan menentukan. Tetapi buat mereka yang tertutup hijab pasti tidak akan nampak apa2...

    ReplyDelete
  4. bekas pendakwaraya kini jadi peguambela ... pada orang yang sama!
    dan ianya berlaku hanya di MALAYSIA ...........

    ReplyDelete
  5. anon 22:03,
    tersangat lemahnya anda menilai. bukankah penglibatan yusuf zainal abiden sebagai peguam anwar dlm kes bersih 3.0 bermakna semacam ada konspirasi antara pendakwa dgn tertuduh dlm kes liwat saiful bukhari? berapa anwar bayar yusuf untuk kedua2 kes, Allah yg tahu. berapa kali kes liwat ditanggguh, tatapi tidak dicabar oleh pendakwa? pendakwa juga menyenaraikan saksi yg sengaja boleh dipertikai oleh peguambela. akhir sekali yusuf letak jawatan sebagai ketua pendakwaraya sebelum kes anwar-saiful diputuskan. benar bila Allah sebut 'kun fayakun = jadi maka jadilah' akan terjadi sesuatu mengikut kehendak Allah. tp anda bukan penentu apa yg Allah inginkan. siapa anda untuk mewakili Allah?

    ReplyDelete
  6. anon 22:03
    Allah kata 'kun' (jadilah), maka terjadilah sesuatu itu.
    sekarang tampaklah kepada kita semua siapa Datuk Yusof Zainal Abiden. Patutlah Anwar menang kes,rupanya ketua pendakwa dalam kes Liwat II adalah org Anwar.Jadi org PKR yg rasuah bkn org UMNO.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3