Pas mahu perjanjian PR
Wartawan Sinar Harian
24 Mei 2012
SHAH ALAM – Pas Kawasan Pandan menggesa parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menandatangani satu ‘perjanjian pakatan’ yang terperinci sebelum menubuhkan kerajaan.
Yang Dipertuanya, Iskandar Abdul Samad berkata, perjanjian ini penting bagi memperincikan dahulu polisi-polisi utama bagi mengurangkan isu-isu kontroversi yang mungkin timbul akibat perbezaan pandangan dalam pentadbiran kelak.
Menurutnya, perjanjian ini nanti akan mengikat pemimpin kerajaan seperti Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Menteri Besar dan
Exco.
“Di antara polisi-polisi utama yang dicadangkan perlu dipersetujui terlebih dahulu adalah yang melibatkan agama, tanah, perumahan dan kerajaan tempatan.
“Perjanjian ini adalah seperti yang ditandatangani Parti Konservatif dan Parti Liberal Demokrat sebelum menubuhkan kerajaan campuran di Britain pada 2010,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, Pas Kawasan Pandan yakin perjanjian ini akan berupaya mengukuhkan mana-mana kerajaan PR yang akan dibentuk dan akan melancarkan sistem penyampaiannya.
“Sehubungan itu, kami akan memajukan usul ini kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar beliau dapat membentangkannya pada mesyuarat PR di peringkat nasional,” katanya
Komen Isac:
Muzakarah cuma modal untuk gertak PKR rupanya.... Walaupun "kaki tido" tapi Nik Aziz ni masih bijak berpolitik....
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.